Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 19 Jun 2011

abah

Assalamualaikum...(^ ^)

Abah...
kau pergi tinggalkan aku dengan seribu kerinduan... 
kau pergi tinggalkan aku dan tidak akan kembali lagi...
saat itu aku rasakan seperti hilang tempat bergantung...
saat itu aku rasakan dunia gelap gelita tanpa arah tuju...
tapi apa dayaku untuk melawan takdir Ilahi...
pemergiaanmu diiringi dengan doa dan airmata...

**********
walaupun dah hampir 8 tahun abah pergi meninggalkan Mas tapi rasanya seperti baru semalam... abah adalah ayah yang tegas mendidik anak2 tapi tetap penuh dengan kasih dan sayang! abah akan sentiasa risau jika anak2nya ditimpa musibah atau masalah... memang tak tidur malam dibuatnya! abah lah orang yang paling seronok jika anak2nya beroleh kejayaan... menitis airmatanya kerana terlalu gembira!

begitulah besarnya pengorbanan abah yang tak dapat Mas balas... Mas harap kawan2 yang masih mempunyai abah, hargailah setiap saat bersama dan jangan sesekali sakiti hati dia! 

SELAMAT HARI BAPA untuk arwah abah, abah mertua dan juga suamiku... anda semua adalah abah yang terbaik! 

Al-Fatihah untuk arwah abah...

10 ulasan:

  1. al-Fatihah untuk arwah abah akak...

    BalasPadam
  2. ermmmm

    al fatihah...moga rohnya tenang di sana

    BalasPadam
  3. kehilangan ayah baru lagi..so, sangat2 merindui beliau...sedihnye

    BalasPadam
  4. al-fatihah utl arwah abah kak mas..
    smga arwah tenang di sana..amin..

    BalasPadam
  5. alfatihah ..semoga arwah tenang disana..

    selamat hari bapa juga diucapkan kepada semua yang bergelar bapa =)

    BalasPadam
  6. wajah yg sama kak liza jumpa di blog kak long mas.. kak liza turut bersedih dan memahami kerinduan yg terbuku di hati mas dan adik beradik yg lain. moga abah mas sentiasa dlm peliharaanNya. Alfatihah.

    BalasPadam
  7. I don't care how poor a man is; if he has family, he's rich....

    itu lah abah... kan?

    BalasPadam
  8. ABAH, the man whom u can't replace with anything. He's the 1 and only

    ~moga abah mas tenang disana dari doa anak2nya yg soleh dan solehah

    BalasPadam
  9. terima kasih atas semua doa kalian..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com