Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 27 Jun 2011

beginilah sikap pemandu di negara kita

Assalamualaikum...(^ ^)

semasa perjalanan balik dari Kuantan ke rumah semalam memang tak sangka Mas boleh menyaksikan begitu banyak sekali kemalangan jalanraya... ada 7 semuanya! kebanyakkan kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak iaitu di kawasan2 selekoh yang tajam! 5 daripada kemalangan tu pemandunya terbabas sendiri kerana kereta dipandu terlalu laju... 1 melibatkan 3 biji kereta, mereka berlumba ni... dan 1 lagi sebuah lori terjunam ke dalam gaung! 

tapi yang paling geram walaupun dah sebegitu banyak kemalangan berlaku tapi masih ada pemandu yang memandu dengan laju dan berlumba dengan pemandu lain... mereka tak jadikan kemalangan tersebut sebagai iktibar langsung! beginilah sikap pemandu2 di negara kita ni, tidak pernah serik dan insaf melihat kemalangan yang berlaku... bahkan sikap mereka itu merbahayakan diri sendiri dan pemandu2 lain!

kalau beginilah sikap mereka memang kadar kemalangan di negara kita ni susah untuk dikurangkan! bayangkanlah dalam masa 1 hari boleh berlaku 7 kemalangan... walaupun tidak melibatkan nyawa tapi ia menunjukkan sikap buruk pemandu2... sikap tidak sabar dan mahu menunjuk2 kehebatan mereka memandu itulah yang bakal mengundang maut!

ini jelah gambar kemalangan yang sempat Mas ambil... lori ni terbabas lalu terjunam ke dalam gaung! katanya tayar lori pecah... nasib baik pemandunya selamat! 

11 ulasan:

  1. kalau blk kmpung cmni la slalu, yg banyak nye lori2.. dorg ni dah tau kenderaan tu besau, bwk lori cm bwk kapal terbang, lgsung xpedulikan pemandu lain

    BalasPadam
  2. banyaknya sampai 7. jalan kat sana memang bahaya, banyak selekoh tajam di karak tu, tapi tak insaf juga nak berlumba.

    BalasPadam
  3. hish dahsat. nsb bek tak pape

    BalasPadam
  4. jln kt karak tu mmg bahaya..sy pn lemah lutut klu drive area tu..haha~ =)

    BalasPadam
  5. ye betui, zr dr cherating ke kl pun mmg banyak nmpak excident.. ngeri

    BalasPadam
  6. fuuhhh dasat..
    kene lbh berhati2..

    BalasPadam
  7. takut kan..bila tengok kemalangan..tp entahla...makin ramai kot yg bawak kenderaan makin laju..

    BalasPadam
  8. banyaknya kemalangan yang berlaku. mujurla kak selamat sampai ke destinasi.

    BalasPadam
  9. bahaya sungguh .. 1st time je penah lalu ..

    BalasPadam
  10. aiyohhhh...kalo dekat sebelah lori pon dah ketaq2 dah

    BalasPadam
  11. bahaya betul huhu .. takut lah kdg2 kita dah hati2 tapi org len ..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com