Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 7 Jun 2011

berpesan-pesan

Assalamualaikum...(^ ^)

...kembali dari mencari ketenangan! sekejap je, mana boleh lama2... dah mengigil tangan ni nak mengetuk keyboard! idea pun dah kembali menerjah ke ruang2 otak dan menunggu untuk diproses je...

**********
berpesan-pesanlah walau sebaris ayat...
message in the bottle by TrueSoprano
emak berpesan
jangan lupa solat... kerana solat itu tiang agama! jika tiang itu tidak dijaga maka runtuhlah iman yang dibina... apabila iman telah runtuh maka semakin hampir kita dengan kemungkaran!

ayah berpesan
jangan terlalu mengejar harta dunia kerana ia hanya sementara... carilah harta hanya untuk keperluan keluarga dan anak2! ingatlah jangan bermegah2 dengan harta yang ada kerana kita akan mudah lupa dari mana asal kita!

abang berpesan
jagalah maruah diri dan keluarga kerana ianya tidak boleh dijual beli... jika maruah tergadai maka hilanglah harga diri! keluarga akan dikeji dan dicaci... mengalir airmata darah pun sudah tidak berguna lagi!

kakak berpesan
carilah ilmu pengetahuan hingga ke negara China... dengan ilmu kita akan lebih dihormati dan disegani! dan sampaikan ilmu itu walaupun sebesar zarah kerana ilmu itu tidak akan pupus... walaupun kita telah tiada ilmu yang kita sampaikan akan sentiasa digunakan!

adik berpesan
bimbinglah adik menjadi orang yang berguna dan berjaya... tanpa bimbingan kakak dan abang, adik bimbang akan memilih jalan yang salah! adik bimbang akan terpengaruh dengan anasir2 yang tidak baik!

kawan berpesan
jadilah sahabat yang sejati... sahabat yang bersedia berkongsi kesedihan di waktu susah dan berkongsi kegembiraan di waktu senang! sahabat yang boleh menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing!

11 ulasan:

  1. mak selalu bising kalau kite semayang lambat, huhu

    BalasPadam
  2. mak kite bising biler dh lama x call dia ;p

    BalasPadam
  3. berpesan-pesan tanda sayang :)

    BalasPadam
  4. insyaAllah akan ingat semua pesan ini

    BalasPadam
  5. marilah kite berpesan pesan sesama kite.

    BalasPadam
  6. pesanan yg bagus..
    sebarkan ilmu wlu sebaris ayat..

    BalasPadam
  7. terime kasih kakkkkk

    tetibe rindu kat akak

    wah nk ngis lak ase.mekasih sumbg trafik jugak

    BalasPadam
  8. Pesanan Ringkas kira berpesan juga, kah?

    BalasPadam
  9. berpesan2lah walaupon satu ayat..kan kan kan...alhamdulillah..thanks dear

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com