mrs secretary

Sabtu, 18 Jun 2011

day 7 : a picture of the person you do the siliest things with

Assalamualaikum...(^ ^)

sudah seminggu Mas meneruskan cabaran ini... hari ini adalah hari ke-7 dan cabaran yang perlu diselesaikan ialah gambar seseorang yang selalu buat silly thing bersama Mas!

  • silly thing... biasanya dengan adik Mas nilah, Cik Sue! kami memang rapat sejak dari kecil lagi... pergi sekolah sama-sama, main basikal sama-sama, mandi sungai sama-sama, kena marah sama-sama dan macam-macam lagilah!
  • banyak silly thing yang kami buat bersama... antaranya ialah kami pernah menyorok bawah rumah kerana malas nak pergi mengaji dan curi-curi mandi sungai tanpa pengetahuan mak!
  • bila dah dewasa ni kami jarang dapat buat perkara berdua sebab Mas dah berkeluarga... tapi bila ada masa terluang kami akan habiskan masa bersama! pergi shopping kat jalan TAR, masak dan makan sampai kenyang tahap cipan dan lepak kat rumah sambil berblog bersama-sama

16 ulasan:

  1. kawin dlu sesama tak? hehe.. seronok kn ada adk beradik pmpuan yg sebaya, niena ada ank sedara yg nk sebaya, klo blk slalu gi memana ngn di,pasni dia nk ke mesir dh :(

    BalasPadam
  2. waaa.. dh ari ketujuh dh.. kdg2 ada adik pompuan nie best.. kdg2 x.. lg2 klu berebut brg.. sbb taste sama.. huhuhu..

    BalasPadam
  3. @shopping2u
    dia belum kahwin lagi...heheehehe

    BalasPadam
  4. weihh..bila lg mau buat kerja giler???berjimbaan??lama tak buat trip nih....

    BalasPadam
  5. kak es pun kalau dgn adik macam2 silly thing kami buat hahaha
    tapi yang silly thing sampai sekarang ni, pantang kitaorg jumpa mesti tak ingat org lain dah! kami menyembang sampai pukul 2 3 pagi tinggal hb masing kat dalam bilik. kami mengekek2 bercerita tak ingat donia ! haha

    BalasPadam
  6. @Cik Sue
    tulah, dah lama kan tak mengiler bersama2! takpe, sebelum ko kahwin nanti kita berjimba besar2an punya!

    BalasPadam
  7. @bersama kak Es
    betul tu kak!
    best kan ada adik perempuan yang rapat ni...boleh kongsi cerita dan buat macam2 bersama..

    BalasPadam
  8. blog pom bersama-sama jugak? hehhehe

    BalasPadam
  9. akak pun mandi sungai gak.. cayalah kak. hehe

    BalasPadam
  10. memang korang berdua nakal..
    mcm2 hal yg korang buat..
    yg paling aku ingat setiap kali ada pasar malam mesti korang nak ikut mak pegi meniaga..

    BalasPadam
  11. @trigyy
    mestilah, baru dpt idea lebih!

    BalasPadam
  12. @Freaky
    mestilah, aktiviti wajib masa dulu2, best wooooo!

    BalasPadam
  13. @Sal Saari
    nakal2 pun aku tetap berjaya long!
    itu semua kenangan yg tak dpt dilupakan sampai bila2..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com