Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 26 Jun 2011

galakkan anak-anak bersukan

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam Mas menghadiri Hari Sukan Sekolah anak2 Mas... semasa ucapan perasmian tu, Mas tertarik dengan kata2 dari wakil pegawai Jabatan Pelajaran tu... 1 Murid 1 Sukan! jadi mereka galakkan murid2 ni terlibat dalam aktiviti sukan bagi membantu perkembangan otak dan kesihatan tubuh badan... betul jugak kan? kalau anak2 kita asyik mengadap buku je 24 jam mahu jammed otak mereka... bila mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan sebegini otak mereka semakin cerdas dan badan pun semakin cergas! 

jadi semalam Mas seronok tengok anak2 Mas dapat melibatkan diri dalam pelbagai acara... Mas cakap kat mereka, menang kalah tu adat bertanding... yang penting semangat kesukanan! tapi bila menang ia sebagai satu bonus dan mereka akan lebih bersemangat... 

inilah antara gambar2 sekitar hari sukan tersebut...

anak2 Mas di rumah sukan yang berbeza... Atikah rumah merah dan Arfan rumah kuning! jadi kenalah bergambar dengan kedua2 rumah sukan... kalau tak nanti ada yang jelous!

ini pula gambar2 mereka beraksi dalam acara sukan...

Arfan masuk dua acara sukaneka... bouncing ball dengan lari bawa pundi kacang! memang bersemangat betul dia...

Atikah pula masuk tiga acara... bawa bola ping pong dalam sudu, lumba lari 50 meter dan 75 meter! walaupun dia hanya menang 1 acara je tapi tetap bersemangat...

17 ulasan:

  1. hebat mak budak berposing...hehehe...

    cantik la rumah sukan dorang.teringat masa sekolah dlu,rumah sukan hias biasa2 je..zaman skrg orng makin kreatif..

    BalasPadam
  2. akk,smlm pun temasya sukan sek sy...lawa giler khemah sukan diorg..sy pun ada hias gak..nti sy upload ea...:):)singgah la ke blog sy...

    BalasPadam
  3. dulu kecik2 aktif jugak sukan ni..da besar jadi lemau... :p

    BalasPadam
  4. Baguslah..mmg kita patut sgt bagi sokongan kat anak2 dlm acara sukan ni Mas, cuba ingat zaman kita dulu pun.. suka sgt kalau time sukan ni kan..:)

    BalasPadam
  5. aktif sukaneka je

    mls sugguh nk bersukan

    tatau npe

    pancit cpt

    BalasPadam
  6. rase nk maen sukan jgk je..
    haha

    BalasPadam
  7. akak kena ajar anak2 bersukan. jangan jadi macam saya yang malas gila bersukan.. =_=

    BalasPadam
  8. @sukasuki
    hehehehe...mamanya mmg gile posing!
    tulah budak2 skrg kreatif betul..

    BalasPadam
  9. @Fad
    oooo ye ke? nanti upload ye..

    BalasPadam
  10. @Sunah Sakura
    samalah dgn akak...
    skrg ni sukan indoor je, bowling lah!

    BalasPadam
  11. @ariana's
    saya sentiasa sokong anak2 saya kerana kitalah penguat semangat mereka!

    BalasPadam
  12. @solomolo
    best kan? anak yg tgk ni pun rasa nak join!

    BalasPadam
  13. @Iffah Afeefah
    akak skrg aktif netball je...
    pastu bowling utk sukan indoor!

    BalasPadam
  14. @Freaky
    anak2 akak memang aktif bersukan ni, tak perlu ajar pun...diaorg memang minat!

    BalasPadam
  15. wahh!! cantik nyer kemah diorang semua tu...heheeh..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com