Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 25 Jun 2011

hujung minggu untuk keluarga

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ini Mas update awal pagi sebab sekejap lagi hari Mas akan dipenuhi dengan aktiviti...

dah lama hujung minggu Mas tidak diisi dengan aktiviti... biasanya hanya bermalasan di rumah je sambil mengadap blog sampai lebam biji mata! tapi hujung minggu kali ini memang agak penuh dengan aktiviti kekeluargaan... pukul 7 dah keluar pergi ke sekolah anak-anak Mas kerana ada Hari Sukan Sekolah! kenalah berkampung dari jam 8 pagi hingga 2 petang kat sekolah...

gambar hiasan dari google

habis je sukan terus kena gerak balik ke rumah mak mertua Mas kat Kuantan... perjalanan yang agak jauh jugaklah lebih kurang 2 jam setengah! kami kena balik sebab sebelah malamnya ada kenduri doa selamat, mak dan abah mertua Mas nak pergi umrah pada 3 Julai nanti... dah lama diaorang tunggu nak pergi umrah ni, baru tahun ini dapat pergi... alhamdulillah!

gambar hiasan dari google

jadi hari ini memang tak dapatlah nak jenguk dan blogwalking kat blog kawan-kawan... kalau ada entri pun semuanya Mas autopublish je! habis kenduri malam nanti barulah dapat bersua kembali dengan blog! doakan anak-anak Mas menang banyak hadiah dalam sukan dan doakan Mas selamat sampai ke Kuantan ye...

14 ulasan:

  1. hai mas...semoga parents u selamat pegi dan balik ye sayammm
    then..balik kg tu hati2 okeh..seronok kan ada kampung jejauh neh..akak tak merasalah..hehehe

    BalasPadam
  2. moga selamat sampai ye akak~ :)

    BalasPadam
  3. nak jadi cm akak

    mak sporting hehe

    okey

    smoge slmat semuanya

    BalasPadam
  4. @risa
    thank you kak...
    hehehehe...kampung husband ni!

    BalasPadam
  5. @Sunah Sakura
    terima kasih!
    dah selamat sampai dah..

    BalasPadam
  6. @Iffah Afeefah
    hehehehe...kenalah sporting demi keluarga dan anak2!

    BalasPadam
  7. Salam .. eh leh autopublish ekk .. camner ehh nak wat .. lalalalalalala :P

    Hmm teringat kecik2 duk kat kuantan dulu,.

    BalasPadam
  8. @hasrul hassan
    boleh..senang je nak buat autopublish tu!

    oooo pernah dok kat kuantan ye..

    BalasPadam
  9. sonoknya bleh balik kg :)..Mas..balik Kuantan jgn lupa tapau patin masak tempoyak tu..hehheh

    BalasPadam
  10. selamat berhujung minggu..:)

    BalasPadam
  11. @azila
    hehehehe...haruslah!
    rugi balik pahang tak beli ikan patin

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com