mrs secretary

Ahad, 5 Jun 2011

jatuh cinta pandang pertama

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar diambil dari sini

pertama kali mengenalimu aku jatuh cinta pandang pertama... ku terus cuba belajar mengenalimu dengan lebih rapat! pelbagai cara ku lakukan dan pelbagai tips ku pelajari... semuanya semata-mata kerana kamu! bila kita semakin rapat hati mula terpaut... sehari tidak bertemu rasa resah dan gelisah! banyak masa dihabiskan dan banyak telah diluahkan kepada kamu... sehingga kini kaulah peneman hidupku dan tiap hari mesti aku akan berada di sampingmu... 


begitulah yang dapat Mas gambarkan perasaan terhadap blog kesayangan Mas ini... sejak mula berblog 4 bulan lebih banyak yang Mas pelajari dan sememangnya sekarang Mas dan blog tak dapat dipisahkan! sehari tak buka blog dan update entri rasa macam tak sempurna je... begitulah kuatnya pengaruh blog kan? dan kawan-kawan pun mesti ada berperasaan sebegini...

tapi hakikat sebenarnya, berblog ini memang seronok jika kita pandai memanfaatkannya... dari berblog kita boleh mendapat informasi terkini, dapat tips dan nasihat berguna, dapat menjana perdapatan sampingan dan yang paling seronok boleh dapat ramai kawan! tapi jangalah kita jadikan keseronokan berblog itu untuk menghentam orang lain dan memburukkan orang lain... jadikan keseronokan itu ke arah kebaikan dan kita bersama-sama boleh mendapat manfaat yang berguna!

16 ulasan:

  1. ye betol!
    berblogging mmg best..
    haha

    BalasPadam
  2. Yeayy ! sama la kita sis.. HEHE jatoh cinta sama blogging ! :) <3

    BalasPadam
  3. betol3..ida pun dah terkena penyakit yg sama..sehari x bkk blog rasa serba x kena..hehe..dasyat kan penangan blog ni..

    BalasPadam
  4. yeah berblogging mcam main DOTA. tak ingat dunia. HAHA

    BalasPadam
  5. hehe . kita sama . Tia tak boleh ! mesti nak bukak jugak .. huhu ;)

    Hormati Mereka Yang Lebih Tua

    BalasPadam
  6. iqa suka berblogging even blom tntu org bace. HAHAHA

    BalasPadam
  7. alhamdulillah... walau baru 4 bulan tapi dah sehebat ni! teruskan menulis!

    suke la gambo muke kotak tuuu~

    BalasPadam
  8. @Belog MTT
    wah..jatuh cinta gitu!
    tapi MTT dah femes skrg..

    BalasPadam
  9. @bella_bumbum
    tak ingat sekejap takpe, jangan lupa terus dahlah..

    BalasPadam
  10. @nur afiqah hani
    orang tak baca takpe janji kita puas menulis...

    BalasPadam
  11. @Sunah Mohammad
    terima kasih sunah...
    takdelah hebat mana pun, belajar dari sunah jugak!

    akak ambik gambar tu dari deviant art, selalu tgk sunah ambil kat situ..

    BalasPadam
  12. memang sayang la klo hilang semua entry kan...dah macam kekasih plak

    BalasPadam
  13. @Cik Cempaka
    betul tu...kekasih awal dan akhir!
    kalau entri Mas hilang Mas nangis tau..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com