terkini dan sensasi

Jumaat, 10 Jun 2011

review filem Super 8 : wajib tonton!

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam Mas sempat menonton filem Super 8.. filem ini dihasilkan oleh produksi Steven Spielberg dan filem dari produksi beliau mestilah berunsurkan science fiction! 

sinopsis filem
mengisahkan sekumpulan remaja di kota kecil Ohio secara tidak sengaja menyaksikan sebuah pelanggaran kereta api yang sangat dahsyat semasa mereka sedang membuat filem.. mereka akhirnya menyedari yang kecelakaan tersebut bukanlah perkara biasa! setelah kejadian tersebut, muncul beberapa kejadian aneh dan misteri di kota tersebut.. jadi mereka cuba menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian tersebut dan akhirnya menemui makhluk asing!

review Super 8
pada pendapat Mas filem ini memuaskan hati..  antara babak yang menarik dan mendebarkan ialah semasa pelanggaran kereta api! memang dahsyat dan Mas tergamam semasa menonton babak itu, seolah macam benar berlaku! di samping aksi yang mendebarkan diselitkan juga unsur jenaka yang mencuit hati.. pada permulaan cerita Mas tak tahu apa Super 8 tu! bila dah menonton rupanya Super 8 adalah kamera yang digunakan oleh remaja tersebut ketika membuat filem.. secara keseluruhan filem ini berjaya dan menarik untuk ditonton! Mas bagi 8 bintang!

selepas cerita dah habis jangan keluar panggung dulu kerana akan ada scene filem yang dihasilkan oleh remaja² tersebut.. memang sangat kelakar!


16 ulasan:

  1. kendi itu kurik
    saga itu merah
    budi mas baik
    kalau belanje niena hahahah

    (pantun ape la tu..)

    skang ni da jarang tgk wayang.. nk tgk astro 1st pn. hujan lebat skang ni..

    BalasPadam
  2. kak mas ni mmg kaki wayang tau..
    bile nak ngedate bersama..dh lama tak tgk wayang ni kak mas..balik kl nnt kite ngedate kalau ada kesempatan ye sista ;)

    BalasPadam
  3. wwuuuaaaa!!!...jeles!..nk kena p tengok jgak ni!..smlm syafiq..arini kak mas pulak..hadooiii!!...

    BalasPadam
  4. ini wajib tonton ni...macam best aje review dari Mas. terima kasih mas!

    BalasPadam
  5. ala best ke. tawu smlm tgk citer tu. grrr

    BalasPadam
  6. Macam best.. Nak tengoklah kalo dah keluar panggung.. Hehehe..


    Entry Terbaru : SPRM Siasat Ketua Menteri Sarawak Berhubung Kes Balak

    BalasPadam
  7. @shopping2u
    best pantun tu...hehehehe
    tgk wayang lagi puas hati!

    BalasPadam
  8. @PinKy MoMMa
    memang kaki wayang...hahahaha
    ok..boleh je! roger2lah nanti kalau balik kl..

    BalasPadam
  9. @Rahmah Ram Ram
    tepat sekali...memang wajib tonton!

    BalasPadam
  10. @d_tieah
    sudah tentulah best!
    dah keluar panggung semalam..

    BalasPadam
  11. Esok nak tengok movie, tgh fikir nak tgk KL gengster atau super 8 ni. Bila kak Mas cite ni, macam best la pula. Hee :D

    BalasPadam
  12. @Dianaa
    akak cadangkan tengok super 8, lebih best dari KL Gangster tu!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com