Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 2 Jun 2011

review filem X-Men First Class : 10 bintang boleh!

Assalamualaikum...(^ ^)

mohon maaflah sebab lambat update, Mas sibuk sangat!

tapi walaupun sibuk masih sempat curi masa pergi menonton filem X-Men.. nak buat camne dah memang kaki wayang! filem X-Men First Class merupakan filem kelima daripada siri² filem X-Men.. di antara keempat² siri X-Men yang terdahulu Mas pernah menonton filem X-Men Origins : Wolverine! siri pertama, kedua dan ketiga memang Mas tak pernah tengok.. tapi kali ini Mas tertarik nak menonton kerana ingin menyaksikan asal-usul perbalahan antara Magneto dan Professor X.. 


sinopsis filem
filem kali ini mengisahkan sebelum Professor X bermusuhan dengan Magneto mereka adalah kawan rapat ketika di usia muda.. nama sebenar Professor X adalah Charles Xavier dan nama sebenar Magneto adalah Erik Lehnsherr.. perbalahan antara mereka tercetus apabila kedua2nya bertengkar ketika dalam usaha menyelamatkan bumi dari serangan bom nuklear! serangan bom nuklear ini adalah perbuatan jahat Hellfire Club iaitu musuh kepada Charles Xavier, Erik Lehnsherr dan rakan² mutan mereka.. mereka berdua mencari beberapa orang mutan lain yang mempunyai kuasa luar biasa! 

walaupun Mas tidak pernah menonton siri sebelum ini tapi apabila menonton X-Men First Class barulah Mas tahu bagaimana tertubuhnya X-Men dan siapakah Professor X sebenarnya! 

review X-Men First Class
secara keseluruhan jalan cerita yang sangat tersusun dan menarik.. memang kagum melihat kehebatan kuasa luar biasa orang mutan tersebut.. walaupun cerita ini penuh dengan aksi tetapi masih diselitkan dengan unsur lawak yang memang mencuit hati! ternyata berbaloi menonton filem ini.. Mas bagi 10 bintang boleh?


2 ulasan:

  1. jelesnyee dapat tgk xmen.. nape la trganu ni takde wayang.. haihh

    Jangan Bincang Dengan Lelaki

    BalasPadam
  2. wah...
    fiq pun baru tgk filem ni tadi..
    best...
    fiq pun ada jugak buat review psl filem ni..huhuuhhu :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com