Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 23 Jun 2011

tekanan jiwa

Assalamualaikum...(^ ^)

banyak pula Mas dengar cerita pasal orang dilanda tekanan jiwa... terbaru ni kawan sepejabat tiba2 dilanda tekanan jiwa yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital! muda lagi orangnya, baru 20an... apa punca pun Mas tak tahu! mungkin terlalu stress dengan kerja atau putus cinta...

pastu hari ini terbaca berita di dalam akhbar Berita Harian... seorang pelajar yang masih muda juga!

**********
Mangsa tertekan gagal enam mata pelajaran dalam ujian pertengahan tahun

KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, patah kaki selepas terjun dari tingkat tiga sekolah pagi kelmarin, dipercayai akibat tekanan selepas gagal enam mata pelajaran dalam ujian pertengahan tahun. 

Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu dipercayai gagal mengawal emosinya sebelum bertindak di luar kawalan hingga menggemparkan pelajar dan guru sekolah berkenaan yang bersiap untuk perhimpunan pagi.

cerita selanjutnya baca di berita harian online

sumber gambar dari sini
apa punca sebenarnya perkara sebegini terjadi? kerana gagal mengawal emosi dan terlalu ikutkan perasaan yang tertekan mereka jadi begini... sepatutnya bila emosi kita tidak stabil jangan terlalu terikut2 dan dikawal oleh emosi tersebut! sebaliknya kita luahkan kepada seseorang agar rasa lebih lega... jangan pendam dan simpan apa yang terbuku di hati... 

satu lagi ingatlah bahawa kita ada Allah SWT... sentiasa mohon dan berdoa agar kita dilindungi dari perkara sebegini! jika rasa tertekan, ambil wuduk dan baca Al-Quran... 

11 ulasan:

  1. masyalllh .. smpi msuk ospital gara2 stress..

    BalasPadam
  2. betul2 tekanan ni. mesti ada sebab

    BalasPadam
  3. salam kenal... sy pun stress hari ni tapi takmo la sampai cmtu nauzubillah

    BalasPadam
  4. kite y menekan diri sendri

    BalasPadam
  5. masa niena training dlu ramai yg kena tekanan jiwa, smpai masuk tanjung rambutan.. xtahan.. tekanan 5 taun tu =.='
    sbb kita lupakan Dia.. tu je

    BalasPadam
  6. napa la tak pikir masak2 ..

    BalasPadam
  7. mak aih...
    tp mmg kta xkan lari dr stress..
    kwn baik prnah nk suicide..
    tp alhamdulillah..sy pesan.
    "Awak masih ada kita..ada Allah"

    Believe it.

    BalasPadam
  8. mesti tertekan coz byk masalah tuhh .
    btw ,
    jemput singgah ke blog kami .
    entry baru 'awak tanya saya jawap lhaa'
    tinggalkan komen sekali kalau sudi :)

    : MRS LAT :)

    BalasPadam
  9. kesian org yg kena tekanan jiwa ni...x dpt handle diri mrk sendiri dgn baik.org tdekat kena support dia dlm susah senang.kalau terus menambahkan tekanan, tu yg jd teruk tu...

    BalasPadam
  10. mungkin orang yg tertekan jiwanya agak kurang memberi makan pada jiwa mereka....apakah makanan jiwa ?...sbg orang islam makanan jiwa ialah amalan soleh yang kita lakukan setiap hari....ingat jiwa juga perlukan makanan...pincang jiwa rapuhlah segalanya..

    BalasPadam
  11. alahai minta dijauhkan..
    smga kita pandai mengawal emosi..dan menggunakan akal yg dianugerahkan olehNya.. ;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com