Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 19 September 2011

aku boleh tolong kau... tapi

Assalamualaikum...(^ ^)

help me by my-elixir on deviantArt
tolong menolong tu amalan mulia... kalau ada orang lain kesusahan, kita boleh bantu jika termampu! kalau kita dalam kesusahan, boleh juga minta bantuan orang lain jika tidak termampu hadapi sendiri... 

cuma kalau nak tolong tu biarlah ikhlas, jangan harapkan balasan! jika kita tak mampu lakukan, beritahu dengan jujur yang kita tak boleh bantu... ini tidak, pura2 nak membantu sebab ada niat  dan agenda lain yang tersembunyi! bak kata perpatah, ada udang sebalik batu... 

kesian orang yang dibantu tu... dia benar2 mengharap kita dapat tolong dengan seikhlas hati! tapi bila dah tolong kita minta macam2 sebagai balasan... tak baiklah camtu kan? biarlah apa yang kita tolong tu mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa, itu lebih baik!

kalau orang yang dibantu tu beri sesuatu sebagai balasan, kita terima sahaja dengan hati yang terbuka... tapi kalau dia tidak beri apa2, janganlah kita minta dan harapkan balasan! 

6 ulasan:

  1. berikan yg terbaik dalam pertolongan kan..
    hmmmm....

    BalasPadam
  2. saya suka entry ni kak mas . sbb saya baru je terkena. ada satu mamat ni kata saya lupa diri sbb blog sy capai 4 ribu. kata2 semangat yg diberikan dulu dia ungkit. padahal masa dia putus cinta, sy jugak yg tenangkn dia. nangis2 dia, sy gak yg cool kan. pastu dia ungkit n kata sy lupa diri. hanya kerana sy xnak bual dengan dia thru phone. larat ke kak mas kalau kita nk gayut phone berjam tiap hari? bukan kekasih pun. kawan biasa.

    BalasPadam
  3. manusia memang banyak ragam..

    BalasPadam
  4. Orang sekarang ni jarang jarang nak hulurkan bantuan tanpa balasan masing masing dah set dalam kepala " aku tolong kau,aku nak balasan "

    Susah nak tafsir pemikiran manusia kan =..="

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com