Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 30 Julai 2011

Aroma durian menyambut ketibaan kami

Assalamualaikum...(^ ^)


Saat ini Mas sudah berada di kampung halaman tercinta. Bila melangkah kaki masuk ke dalam rumah pusaka ni, hati terasa sangat sayu. Seperti terngiang-ngiang suara arwah abah mak menyambut kepulangan Mas, sebak rasanya! Alhamdulillah, rumah arwah masih elok. Cuma rumah takde orang tinggal, agak kotor sikit.

Tapi yang paling buat Mas teruja ialah hasil durian dari dusun arwah abah. Memang tahun ni buah menjadi, semua pokok berbuah. Turun je dari kereta dah terbau aroma durian yang menusuk lubang hidung. Sedapnya, tak sabar nak menikmati buahnya. Durian kampung memang sedap!

Lihat hasil durian yang telah dikumpul oleh makcik yang tolong jagakan rumah ni, boleh buat meniaga. Husband Mas pun apa lagi, terus kupas sebiji. Buat lepas gian katanya! Nak makan banyak² dah pukul 11.30 malam masa tu, esok sambung lagi!




Nak makan durian sat, nanti sambung next entri!

7 ulasan:

  1. mmg terbaik la kak

    bnyk betul

    niaga je


    dpt rezeki lebih

    BalasPadam
  2. elok betul isinya... mesti sedap ni... rasa macam nak terus keluar pi cari durian je.. hehe

    jom ushar : korek hidung batal puasa?

    BalasPadam
  3. akak. typo... durian kampun ... :p

    BalasPadam
  4. @Iffah Afeefah
    memang menjadi buahnya tahun ni..
    tapi nak makan puas2 dulu...baru niaga!

    BalasPadam
  5. @pha is
    memang sedap...durian kampung kan!
    jatuh je dari pokok terus kupas dan makan! hehehehehee..

    BalasPadam
  6. Seronoknya suasana dekat kampung halaman... :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com