Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 4 Julai 2011

GEMPAR... orang minyak menganggu!

Assalamualaikum...(^ ^)

memang berita ini agak menggemparkan Mas... macam2 rasa dah ada dalam diri ni! mula2 Mas tak mahu percaya pun sebab bagi Mas kisah orang minyak ni adalah kisah donggeng semata2... tapi bila dah dengar cerita dan penjelasan dari husband, kena percaya jugak! bukan baru pertama kali ia menganggu, dulu pun dah pernah juga... tetapi berjaya ditangkap oleh orang2 kampung berhampiran taman perumahan Mas ni!

semalam husband dah bagi penerangan pada Mas bagaimana nak hadapi situasi ini jika orang minyak tu datang semasa dia tiada di rumah! aduh... rasa nak nangis pun ada, mampu ke Mas nak hadapi situasi itu sorang2 tanpa husband disisi... 

sumber gambar dari mStar online
buat masa sekarang di dalam bilik kena stand by sebatang buluh runcing... buluh ini boleh melemahkan ilmu orang minyak ni! Mas harap2 sangat dan tidak putus2 berdoa agar Mas dan anak2 dilindungi dari gangguan manusia yang taksub dengan ilmu sebegini...

beginilah sikap manusia yang sanggup menggunakan ilmu hitam demi untuk kepentingan diri sendiri... entah apa yang ingin dimilikinya sehingga menuntut ilmu hitam yang bukan2! dahlah amalkan ilmu yang salah pastu mengancam keselamatan dan ketenteraman orang lain pula... Mas harap sangat manusia yang bertopengkan gelaran orang minyak ini dapat ditangkap secepat mungkin!

16 ulasan:

  1. Ingt org myk cite dlm tb je kak, hukhuk

    BalasPadam
  2. alamkkk ngeri nyeeeeeee

    BalasPadam
  3. eh orang minyak ? hati2 kak mas

    BalasPadam
  4. ehhh?? masih ada lagi?? hurm.. hati2 ye~ cuba la cari seseorang yang boleh bantu~ mcm mana tau dye tu org minyak???

    BalasPadam
  5. @G3-lina
    orang dah jumpa..
    tapi setakat ni dia tak masuk rumah orang lagilah! orang nampak dia meniti atas atap rumah...

    BalasPadam
  6. serius ke kak?
    takut la!
    mtk2 takde pape la brlaku pd akak n family

    BalasPadam
  7. uik kat tmn perumahan pn ado..-.-'

    hati2 kak mas...

    BalasPadam
  8. wahh, xsgka betul2 wujud bnda ni.. yg pnting kak mas jga dri tau..amalkan mmbaca al-ma'thurat

    BalasPadam
  9. mohon perlindungan hanya pada Allah ye kak... moga Dia jaga akak dan family akak sebaiknya... amalkan ayat pendinding diri..

    BalasPadam
  10. ya Allah kak mas..seram jer dengar..
    kak mas jaga diri ye..
    amalkan ayat pendinding..

    moga kak mas dan keluarga sentiasa dlm lindunganNya..pinky doakan yg terbaik kak..

    BalasPadam
  11. ish
    take care sis..
    risau pulak dengar.
    selalu kes org minyak dekat u je.
    ni kwasan perumahan pun...
    hurmm.. macam2 manusia zaman sekarang ni..

    BalasPadam
  12. ekk. org mnyak ad lagi ker? ish2x.. t8 care kak mas.. huhu

    BalasPadam
  13. nauzubillah
    hope x jadi pape kat akak ya

    BalasPadam
  14. cerita kisah orang minyak ni memang benar ada...sama ada nak percaya @ tidak terpulang pada masin2... Seperti cerita lakonan P.Ramli... berpandukan pada kisah benar cerita itu diperbuat..cuma jalan cerita saja diubah...
    http://www.skuad-pemantau.com/tentangkami.htm

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com