Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 29 Julai 2011

jangan mudah lupakan

Assalamualaikum...(^ ^)

selepas waktu bekerja hari ini Mas akan balik ke kampung halaman di Temerloh, Pahang... teruja rasanya nak jejak kaki di rumah pusaka arwah mak dan abah setelah 3 bulan tak balik! lagi pun musim durian sekarang, tak sabar nak makan durian puas2... 

Mas dan adik beradik yang lain memang akan balik tengok rumah di kampung walaupun dah tiada siapa menetap di sana... seelok2nya jangan kita lupakan walaupun kedua orang tua kita dah takde! Mas tengok sepupu2 Mas tak pernah pun jejak kaki kat rumah peninggalan arwah mak ayah mereka... rumah tu terbiar sahaja! akhirnya adik beradik mereka sepakat runtuhkan rumah tu... sedihnya!

bagi Mas rumah di kampung tulah kenangan arwah mak abah... sayang dibiarkan begitu saja! kat rumah tulah Mas dilahirkan dan dibesarkan... bila rindu kat arwah berdua, Mas akan tengok sekeliling rumah dan ingat kembali kenangan indah bersama mereka! terubat rasa rindu tu... 

kalau kawan2 senasib dengan Mas pasti akan rasa perkara yang sama... paling penting jangan lupakan rumah pusaka mak ayah kita jika mereka sudah tiada!

Please Don't Forget Me by Emerald-Depths on deviantArt

7 ulasan:

  1. bestnya pulang ke kampung :)
    sambut puasa di sana ke kak mas..
    makan doyan igt pinky ya..
    tak leh makan lagi..sobsss :(

    safe journey kak mas..


    pssstttt..tu la satu2 nya umah pusaka mak ayah kita kan..

    BalasPadam
  2. rumah lama banyak kenangan.. dari kecil sampai besar. sayang la kalau dirobohkan.. ape la anak2 macam tu

    BalasPadam
  3. yang lama dilupa jangan.
    selamat menyambut ramadan al mubarak. maaf andai ada terkasar bahasa semasa menjadi follower mas!

    BalasPadam
  4. @PinKy MoMMa
    yes...sambut first puasa kat kampung! nak imbau kenangan silam...huhuhuhu

    BalasPadam
  5. @Freaky
    tulah...tak tau kenapa anak dia sanggup buat camtu! sedih je tgk rumah tu dah roboh..

    BalasPadam
  6. @zuwaidah
    insyAllah tak lupa...
    selamat berpuasa gak! Mas pun minta maaf gak!

    BalasPadam
  7. Walaupon orang tua dah tak ada tapi tanah pusaka tu kena jaga seeloknya.. Tabik spring dengan adik beradik kak mas,semuanya masih jaga harta pusaka.. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com