Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 7 Julai 2011

kalau anak dia... camne?

Assalamualaikum...(^ ^)

geram, sakit hati, marah, kesian dah bercampur baur dalam hati Mas... terkejut sangat bila tengok gambar anak along Mas kat FB semalam! kata along Mas, pengasuhnya biarkan anak dia main kat tepi longkang pastu terjatuh... apa perasaan kawan2 bila tengok gambar ni!

alaaaa... siannya Wawa! mesti sakit kan? (gambar dari blog along Mas)
inilah akibat kecuaian pengasuh yang bersikap ambil mudah dan lepas tangan! dahlah bayaran yang dikenakan tiap2 bulan agak mahal tapi inikah balasan yang diterima... along Mas dah letak 100% kepercayaan kepada pengasuh untuk jaga keselamatan anak2nya... tapi luluhnya hati seorang ibu bila balik dari kerja tengok rupa anaknya dan macam ni!

anak2 yang masih kecil ni memang susah dikawal sikit... mereka sentiasa nak lepas bebas kesana kemari! tapi walaupun pengasuh tu bukan ibu kepada anak along Mas sepatutnya dia ada rasa tanggungjawab kan? kalau dah tau kawasan itu bahaya untuk anak2, laranglah mereka main kat situ... biarlah mereka menangis asalkan mereka selamat! janganlah disebabkan anak tu bukan anak dia jadi buat tak kisah je anak tu nak main kat mana pun! kalau anak dia, camne dia rasa!

beginilah sikap pengasuh yang hanya jaga anak orang sebab duit je... dan yang paling geram pengasuh tu tak minta maaf pun atas sikap cuainya!

20 ulasan:

  1. Adui, sakitya tu. Siannye. Tadi tgk kat dashboard, nmpk gmbr tu igtkan kena dera dgn pmbantu rumah, nasib bukan, dah berdebar2 dah.

    Teruk juga pembantu rumah tu, dah lah bayaran mahal.sekarang ni pembantu rumah dah naik minyak betul! banyak kot kes pasal pembantu rumah. macam hape je!

    Kekdang, bila majikan baik dpt pembantu rumah yang hancur, bila pembantu rumah baik gila, majikan pula hancus.
    adeh~

    Tolong komen kat SINI boleh?

    BalasPadam
  2. ni yang sakit hati ni..sesuka je buat cam gini kan..memang susah sekarang nak cari pengasuh yang betul2 ikhlas menjaga anak kita..

    BalasPadam
  3. pengasuh ni banyak ragam..
    kita baik pun dia boleh buat tak baik..
    dah bagi kepercayaan..diorang buat tak endah..

    kesian dengan anak-anak

    BalasPadam
  4. kesiannyaaa mas kat anak buah mas tu..

    kdg2 mereka lalai dan cuai dlm menjaga anak orang. tak patutla buat begitu. Kalau tak mampu nak jaga, bgtau la..

    BalasPadam
  5. ya allah kesian nyer...sakit tuuu...alahaiii sedih nyer...

    BalasPadam
  6. tak mintak maaf pon? kejam gila..

    dah lah budak tu luka2, boleh pulak si pengasuh tu wat derkk jek..

    tak patut betul..itu kan tanggungjawab dia kena jaga budak tu..hish

    BalasPadam
  7. banyak sekarang ni pengasuh yang cuai dan tak sepenuh hati nak menjaga anak kita....saya dulu pernah terkena ngan pengasuh ni...tinggal anak sorang2 tido kat rumah dia, kunci rumah dan keluar....;( kena berhati2 khususnya hantar ke rumah persendirian dan bukan nursery yang berdaftar.

    BalasPadam
  8. mesti sakit tu..ya Allah..
    kena sentiasa ada rasa tanggungjawab..
    kita di bayar dan di amanahkan utk menjaga..moga tak berulang lagi nnt ;)

    BalasPadam
  9. kesiannya dia...alahai. itulah susah nak cari pengasuh/nerseri yang baik zaman sekarang. Mereka cuma nak mengaut keuntungan tanpa mengira keselematan anak-anak. yang kita sebagai ibubapa ni bukan mainlah tatang anak-anak macam minyak yang penuh.

    BalasPadam
  10. erm, ciannye dia.. abis calar idung yg comel tu.. bnda dh jdi.. nk wt cmne lgi kak mas.. pengasuh tu xpatut la wat cmtu, kna la jga ank org cm ank sndiri

    BalasPadam
  11. menda2 macam nie la yg takut nk bg pengasuh...haishh, apa la diorang nih, xfikir kew??ingat duit jew...

    BalasPadam
  12. pergh...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    agak2 la...

    BalasPadam
  13. eh..takde budi bahasalah..
    at least mintak maaflah..huhu

    BalasPadam
  14. kesian nya budak kecik tu kak. sikit pon tak mintak maaf? ada ke patot,

    ish2.

    BalasPadam
  15. boleh pulak biarkan anak org main sendiri, patutnya jaga anak org kena bagi lebih perhatian dari jada anak sendiri, sebab itu anak org, kita dibayar & diberi kepercayaan untuk jaga

    BalasPadam
  16. kesian budak tu. Anyway kak, tak elok juga kita salahkan pengasuh tu. Kadang2 ibu yang paham perangai anak2 pun boleh melakukan kecuaian apabila menjaga anak2 apatah lagi seorang pengasuh yang tugasnya hanya mengasuh. Mungkin anak tu nakal sangat sampai pengasuh gagal mengawalnya sebab tu jadi macam tu.

    BalasPadam
  17. @Ujang9897

    nnti dah ada anak, hati-hati ujang.. huhuuhu

    BalasPadam
  18. @Freaky
    akak boleh terima pandangan ni...tapi masalahnya pengasuh tu gagal kawal sebab dia yang biarkan budak2 tu main tanpa pengawasan orang dewasa! kalau dia awasi baik2 tapi budak2 tu still jatuh juga takdelah kita marah dan sakit hati kan?

    sememangnya pengasuh ni cuai sbb dia asyik tengok TV kat dalam rumah pastu dia biarkan budak2 ni main tepi longkang!

    dik cuba bayangkan kalau ini anak kita??

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com