Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 17 Julai 2011

kenangan puasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Ramadhan by Zaher Konstantin in deviantart
sedar tak sedar lagi 2 minggu kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan... alhamdulillah, Mas dah sempurnakan puasa ganti yang tertinggal tahun lepas! sekarang ini dalam proses mencari makanan yang boleh menambahkan selera untuk berbuka puasa... yang pastinya ikan bilis, sambal tempoyak, telur masin dan ulam petai mesti ada! pembuka selera semua ni...

bila tiba bulan puasa ni hati Mas akan rasa sayu je... maklumlah arwah abah dan mak pergi meninggalkan Mas dalam bulan Ramadhan! arwah abah pergi pada 22 Ramadhan tahun 2004 dan arwah mak pulak pada 27 Ramadhan tahun 2007... sesungguhnya kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan

kenangan puasa? memang banyak yang tak dapat dilupakan... tolong arwah mak buat kuih untuk berniaga, itulah yang paling seronok! berkumpul dan berbuka puasa sama2... juga sangat menyeronokkan! main bunga api dan meriam buluh... siap perang dengan budak2 kampung sebelah lagi! best gila...

tak sabar nak tunggu puasa tahun ni... apa kenangan kawan2? pasti banyak yang best...
 

10 ulasan:

  1. kenangan banyak

    tapi lupa

    aci tak haha?

    saba eh kak

    BalasPadam
  2. kenanagn masa terawih saya hari tu.heheh

    BalasPadam
  3. kenangan berpuasa sangat menyeronokkan.. tak sabar nak sambut ramadhan yang akan datang

    BalasPadam
  4. hehhe. knangan pose. bukak pose FREE kat masjid UTP.. hahha. taun ni tak dpat sbb cuti. huhuhu

    BalasPadam
  5. :)
    hehe nanti kak mas plak...
    niena bru smpat singgah sni sbb bizi yg amak

    BalasPadam
  6. @Iffah Afeefah
    aci je...sebab banyak sangat, tu yang lupa kot? hehehee

    BalasPadam
  7. @Syazwan Che Deraman
    tulah...terawih memang byk kenangan jugak kan?

    BalasPadam
  8. @Freaky
    tulah...rasa lambat sangat kan?

    BalasPadam
  9. @trigyy
    memang seronok dapat buka puasa free kat masjid kan? makanan best2...

    BalasPadam
  10. @Niena Pengembara Ilahi
    hehehehe...dah pernah dpt sekali hari tu! tapi komen pilihan lah..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com