Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 25 Julai 2011

klik sana, klik sini... habis!

Assalamualaikum...(^ ^)

alhamdulillah, hari ini bolehlah senyum lebar sikit.... sebab gaji dah masuk! bolehlah beli stok barang2 dapur untuk keperluan bulan puasa nanti... 

Money by Venomspartan on devintArt
cuma duit gaji sekarang hanya nampak di mata je... nak pegang di tangan tu memang susah sikit! bukannya apa, semua bil hanya dibayar di hujung jari je... klik sana, klik sini, langsai dan habis sekelip mata je! begitulah kecilnya nilai duit sekarang kan? tidak sama macam zaman mak ayah kita dulu, kalau RM50 tu dah rasa cukup banyak dah! macam2 boleh beli...

tapi sekarang RM50 tu hanya boleh isi minyak kereta untuk seminggu je, itu pun tak berapa cukup kan? sebab tulah bagi Mas duit sekarang cukup besar maknanya... setiap sen tu kalau boleh nak dibelanjakan sebaik mungkin! bajet sana, bajet sini, supaya cukup untuk tunggu gaji bulan hadapan...

sebab tulah orang yang susah duit ni dia lebih menghargai setiap ringgit yang ada... 

18 ulasan:

  1. betul nilai duit skg rendah..
    nk menyimpan susah betul..

    BalasPadam
  2. tula kak


    smlm adik mintak 50 nk kua tgk wyg je

    adeh

    BalasPadam
  3. sangat2 la bersetuju..mcm mana org skrg nk mengumpul duit..lgla yang keje gomen ni tp ada gak yang keje gomen sy tgk byk je duit

    BalasPadam
  4. kak mas sayang..rindunye ngan kak mas :)

    duit skrg mmg rasa mcm skit je..mungkin sbb faktor sekeliling yg agak tinggi kan..

    tak pe kite cuba simpan skit2 ye kak mas..lama2 jadi bukit..walaupun bukit kecik je janji ada saving hehe..

    BalasPadam
  5. betul..nilai duit sekarang memang kecik, kadang rasa 50 tu cam takde apa jer..by the way dah gaji eh hari ni? terlupa la..

    BalasPadam
  6. stuju2.. dulu khalis berniaga kedai makan telur sepapan baru RM6//sekarnag dah rm10.. nak jual naik harga orang marah,.huuu...

    BalasPadam
  7. haha My baru je nk buat entry psl ni.

    br masuk gaji gak.. tp klik situ sana sini... demmmmm bape je tggl tuk dr sndiri..T_T

    BalasPadam
  8. betul.. RM50 tu isi minyak tak sampai pun 3 hari.. nilai yang semakin kecik, akan datang tak taulah macam mana..

    BalasPadam
  9. seronoknya dah dapat gaji...kak zu belum lagi...betul2 cukup bulan baru dapat, tapi alhamdulillah.
    ya duit zaman dulu kalau setakat rm50 dah boleh beli pelbagai tapi skrg..rm50 boleh langsai sekelip mata saja

    BalasPadam
  10. @Dim Benihana
    kadang2 tu walau dah ada menyimpan pun terpaksa digunakan balik kan?

    BalasPadam
  11. @Iffah Afeefah
    tulah...akak kalau tengok wayang 4 beranak hampir2 RM50, tiket + makan!

    BalasPadam
  12. @Fitri Senin
    itu orang lain kot? akak kerja gomen hanya harapkan gaji je...huhuhu

    BalasPadam
  13. @PinKy MoMMa
    tulah kan?
    sebab tulah akan menabung gak RM1 sehari...lama2 jadi banyak gak!

    BalasPadam
  14. @mykhalis
    sebenarnya orang tak marah kalau penjual naikkan harga sebab itu bukan kehendak mereka, mereka ikut saranan kerajaan kan? tapi yang tertindasnya pengguna cam kitalah..

    BalasPadam
  15. @mynameismy
    akak pun camtu...klik je kerjanya! nak pegang seratus dua pun susah..

    BalasPadam
  16. @aizamia3
    tulah...tak pakai kereta kang, susah jugak kan? bila dah pakai kena korbankan duit utk isi minyak pulak!

    BalasPadam
  17. @zuwaidah
    takpe kak, lambat sikit je tu!
    itulah, susu anak sepeket pun dah hampir2 RM50 kan?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com