Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 24 Julai 2011

lelaki cerewet

Assalamualaikum...(^ ^)

fussy danbo in flickr.com
bila sebut pasal cerewet biasanya kita kaitkan dengan wanita kan? mereka ni selalunya cerewet tentang kecantikan dan penampilan diri... cerewet juga tentang kebersihan dan kekemasan... dan juga cerewet dalam pemilihan barang2 keperluan seperti pakaian dan perhiasan diri!

tapi bagaimana pula dengan lelaki... adakah mereka mempunyai sikap cerewet ni? jangan kata takde tau... ramai juga sebenarnya lelaki cerewet ni! cuma jangan pula kita kaitkan lelaki cerewet ni dengan seorang lelaki yang mempunyai sifat lemah lembut seperti wanita... ada lelaki sejati yang macho tetapi cerewet!

contohnya yang paling terdekat cuba tengok suami atau pasangan kita... macam husband Mas, dia paling cerewet dalam bab pemilihan pakaian, perhiasan diri dan aksesori kereta! kalau nak pergi shopping, Mas memang tak berapa suka nak teman dia... bukannya apa, nak pilih sehelai baju tu boleh memakan masa 2 jam tau! punyalah cerewet, ada je yang tak berkenan di hati dia...
 
tapi kadang tu Mas layankan je... kerana itu semua untuk kepuasan diri dia kan? sama juga macam Mas...

10 ulasan:

  1. betul betul...lelaki kadang2 cerewet tang pilih pakaian..sbb tu kalau hadiah befday, aish tk nak bg baju. haha takut dia tk berkenan

    BalasPadam
  2. betul2 ayah saya sgt cerewet..

    BalasPadam
  3. betol tu kak. saya juga cerewet terutama sekali bab makan. nak sedap je semua. haha

    BalasPadam
  4. LELAKI LEBIH CEREWET DRP PEREMPUAN....CUMA MEREKA TAK TUNJUK JE

    BalasPadam
  5. @Cik Aish
    haaaaaaa..betul tu!
    Mas kalau nak bagi baju, bawak dia utk pilih..hehehee

    BalasPadam
  6. @eila
    tulah ternyata orang lelaki memang cerewet! serba serbi jugak kan?

    BalasPadam
  7. @Freaky
    nasib baik husband akak bab makan dia tak cerewet sangat... apa yang akak masak dia makan!

    BalasPadam
  8. @Cik Kamoo
    tulah... ada yg tunjuk, ada yang tak!
    tapi husband akak memang ketaralah..

    BalasPadam
  9. lelaki kalau cerewet memang pening kepala la kita.

    BalasPadam
  10. @storyfromme
    pening jugaklah kadang2 tu..hehehee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com