Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 21 Julai 2011

lori hantu bermaharajalela

Assalamualaikum...(^ ^)

kisah pasal jalanraya lagi... Mas memang sensitif dengan isu2 macam ni, sebab Mas pun seorang pengguna jalanraya! jadi kita mesti nak keselamatan diutamakan!

gambar hiasan dari google
kes lori hantu di Salak Tinggi ni memang cukup sinonim... saban hari berpuluh2 lori keluar masuk menggunakan jalan utama... kalau ikut undang2 takpelah tapi tidak! dengan bawa muatan berlebihan lah, memandu dengan laju, u-turn di tempat yang tidak sepatutnya dan memotong ikut kiri... semuanya bahaya!

tiap2 hari akan berdepan dengan situasi tersebut... memang sangat bahaya dan keselamatan rasa sangat terancam! sebab pemandu lori2 hantu ni tak pedulikan pengguna jalanraya yang lain, ikut kepala hotak mereka je...

bukannya tiada roadblock oleh pihak berkuasa untuk menyaman kesalahan lori2 tersebut... tapi keadaan tetap tidak berubah! walaupun dah pernah ada nyawa yang terkorban... tetap begitu jugak!

terfikir sejenak samada lori2 itu yang hantu atau ada pihak2 lain yg jadi hantu!

12 ulasan:

  1. hurm isnin baru2 ni otw ke office,polos trafik tahan 2 lori pasir.ada gak lori pasir yg sempat menyorok kat area kosmopleks.kdg2 tonto diorg ni ada gak dok follow.mmg grm bawa keta dr dengkil ke slk tinggi byk sgt lori pasir,dahlah kdg2 nak ubah lorong tak bg signal,bawa laju2 sampai batu2 jatuh.mgu lps pun kat rcgn 999 kes lori pasir kena tahan kat kota warisan-klia,pdn muka!

    BalasPadam
  2. biasa la yg bwk lori ni die blagak..
    die rase hebat leh bwk kenderaan besar..
    huh

    BalasPadam
  3. dia rs bwk lori hebat kot akak...tue yg menjadi2...

    hati2 akak...

    BalasPadam
  4. miss mas saari : tengok lori antu ni pun cukup buat ai takut..tambahan lagi bila tengah bawak moto nak gi keje pagi², dok belakam lori ni, kompom merecik² batu+pasir..adess..

    BalasPadam
  5. lori, kalau ikot mereka memang tensen jep. nak potong susah kerana mereka besar. kena betol2 selamat baru bole..

    BalasPadam
  6. lori tak berhantu tapi pemandu yang berHANTU!!!!

    BalasPadam
  7. btol tu Mas..zla bila time nak p tengok umah kat salak tinggi tu, selalu bermasalah ngan lori2 ni..dahla jalan sempit kan:(

    BalasPadam
  8. hurmmmm...macam2 la kan diorang ni... tak ingat kat orang lain...

    BalasPadam
  9. disebabkan mereka lah jalan raya byk rosak

    BalasPadam
  10. jalan jadi sempit...ngeri je.

    p/s : dia lahir sebagai khunsa... 2 jantina.

    BalasPadam
  11. Kadang kadang pemandu lori hantu ni tak fikir keselamatan orang lain.. Maen redah jer ! =.='

    BalasPadam
  12. lori, diorang besar, tu yang eksen kat jalan.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com