Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 15 Julai 2011

mereka ada dimana-mana

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam mak dan abah mertua Mas selamat sampai di Malaysia... sempurnalah sudah ibadah umrah yang mereka tunaikan! alhamdulillah mereka sihat, cuma batuk je! maklumlah pertukaran cuaca... yang paling seronok, macam2 mak dan abah belikan untuk Mas, husband dan anak2... terharu sangat!

sumber gambar dari google
cuma pengalaman yang tak berapa seronok didengar apabila mak mertua Mas cerita ialah terlalu ramai peragut atau pencuri di sana... memang tak boleh lalai langsung kerana mereka ada dimana2! inilah peluang keemasan mereka kerana ramai orang datang untuk menunaikan umrah... jadi mereka tak lepaskan peluang yang di depan mata untuk meragut dan mencuri!

masa orang tengah ambil air sembahyang di masjid pun mereka boleh mencuri... ada seorang kawan abah mertua tengah berwuduk, dia letak beg kat atas kolah air`! bila dah siap berwuduk, bangun je tengok beg dah takde... habis semua hilang! 

di bazar2 jualan jangan cakaplah, lagi ramai! mereka menunggu je mangsa yang leka dan asyik membeli belah... sampai ada seorang ahli rombongan yang bersama mak abah mertua hilang RM3000! dia tak sedar masa bila pencuri ni menyeluk beg dia... bahaya kan?

peringatan buat kita... kalau nak pergi ke tempat orang berhati2lah! jangan leka dan jangan bawa duit sampai beribu2 di dalam beg... peragut dan pencuri ni ada dimana2, walaupun di tanah suci!

11 ulasan:

  1. dunia smakin bahaya kan kak mas..takut dengan keadaan dunia skrg..aihh moga kita di lindungi olehNya

    BalasPadam
  2. ermmm betul kak

    tp kitorang main letak je

    BalasPadam
  3. dasat betol..
    xleh lalai walaupon kejap..
    iskk

    BalasPadam
  4. kat sana pun nak buat jahat ye? adehhh... kadang2 benda2 tu jadi kat kita masa buat ibadah kat sana sebagai kiffarah dosa jugak... wallahu'alam...

    BalasPadam
  5. a'ah.. pencuri di sana mmg kreatif kak mas.. sanggup buat apa saje

    BalasPadam
  6. waooo. susah la nnti. klu passport, kad pngenalan hilang.. huhu.

    BalasPadam
  7. peragut kat sana lebih hebat ek, tak sangka pulak

    "salam perkenalan"

    BalasPadam
  8. banyaknya bawak cash sampai 3K.. harap mak & abah mertua mas sihat2 aje skrg.

    BalasPadam
  9. kalau lelaki for sure ramai berpengalaman kan .. lg2 kene curik seliper kahhh

    BalasPadam
  10. Yup. kena sentiasa berhati2.
    Thanks for reminding each other :)

    BalasPadam
  11. Tempat ibadah,orang berpusu pusu ada jugak yang amek kesempatan..Haishh =.='

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com