mrs secretary

Rabu, 13 Julai 2011

penceroboh berjaya ditangkap

Assalamualaikum...(^ ^)

belum habis lagi kes orang minyak mencerobohi kawasan taman perumahan Mas... malam tadi dikejutkan pula dengan berita tergempar, ada makhluk lain pula menceroboh! mula2 Mas nak pergi tengok juga operasi menangkap penceroboh tersebut tetapi husband tak benarkan... katanya nanti dia ambil gambar!

tunggu punya tunggu, tak sabar nak tengok wajah si penceroboh tu... adakah kaum kerabat orang minyak jugak! bila husband balik terus capai kamera... ini rupanya penceroboh tu! 

kawan2 nak tengok ke? scroll bawah sikit ye...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
berani ke tengok? tak geli...

ular sawa batik! panjang lebih kurang 20 kaki dan sebesar kepala budak umur 5 tahun!


husband Mas yang berjaya tangkap... maklumlah bomba kan, dah biasa tangkap2 ular ni! pagi ni diaorang jual dekat cina... cina tu nak buat sup ular sawa! erkkkk...

18 ulasan:

  1. gile beso ular nih..
    sebelah perumaha mas tu ade kebun/hutan keick ker?!
    klu kat kg dul2u la..
    ular sawa ni mmg selalu jer bpk tangkap sbb bela ayam dgn itik,pastu kebun org sebelah rumah n depan rumah tak bersihkan,mmg byk la ayam2 mati kena mkn dek ular2 sawa ni...
    mmg kitaorg selalu jual pada cina kat pekan or jual pada keling la..

    BalasPadam
  2. giler geliiiii..izwa mmg fobia skit ngn ular nie...

    BalasPadam
  3. berdiri bulu roma tgok ular ni..
    aduyai..

    BalasPadam
  4. cina tu nak ambik buat beg kot.
    hehehe..
    lawa kulit tu.
    heeeeee..

    BalasPadam
  5. erk..
    mak oi ade ular lah..geli huhu

    BalasPadam
  6. hah???? bior betul??? bukan bagi kat perhilitan ke?? boleh ke jual2 neh...adehhhhh seremmmmm

    BalasPadam
  7. erk... hurm... sape yg jual kak?klo jual utk jdikan makanan mmg xleh, tu yg niena tau.. :D

    tpi penceroboh tu mmg ganas n sadis, sib baik tak ngapp org

    BalasPadam
  8. @Niena Pengembara Ilahi
    duit jualan tu diaorang tak gunakan utk beli makanan tapi utk beli barang2 keperluan buat pondok guard je... mereka pun tak berani nak gunakan duit tu buat beli makanan!

    BalasPadam
  9. ingatkan manusia tadi huhu besar tu sis.. bahaya betul..

    BalasPadam
  10. sup ular sawa satu!!!!!
    muahahahahaha.... =D

    BalasPadam
  11. alahaiiiii seramnyer kak mas..
    uih aihhh tak sanggup nak dekat!

    BalasPadam
  12. eh bahaya sampai boleh masuk kawasan perumahan. nasib baik dah tangkap, kalau sempat ular tu nyorok kat mana2 lagi bahaya

    BalasPadam
  13. alamak ULARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

    BalasPadam
  14. Besar gedabak ulor nie..Mak aihh bahayanya kak.....

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com