maaflah kalau ada yang tak suka entri ni... tapi harap boleh baca sampai habis! bukan entri tak puas hati tapi sekadar luahan rasa sebagai seorang penyokong skuad negara...
Mas bukan terlalu obses... Mas pun minat jugak kelab Inggeris ni, terutamanya Chelsea! tetapi terasa kecewa jugak bila lebih ramai penyokong kelab-kelab tersebut daripada penyokong skuad kita... memanglah julung kalinya mereka datang ke Malaysia, sebab tulah kita terlampau fanatik!
agaknya situasi begini berlakukah kalau pasukan negara bermain di tempat mereka... ada tak agaknya rakyat mereka sanggup menyarung jersi skuad Malaysia! tanya balik pada diri kita sendiri...
tertarik dengan petikan kata Datuk K. Rajagopal dalam akhbar Berita Harian hari ini...
"saya faham minat anda kepada kelab Inggeris, tetapi tidak salah sekiranya untuk tempoh 90 minit sokongan padu diberikan... mereka adalah sahabat anda, saudara anda, pemain anda dan wakil negara anda!
sepatutnya kita bangga kan?
ok la tuuu.. sokong jugak huhu
BalasPadamapa2 hal pon saya tetap sokong HARIMAU MALAYA ;)
BalasPadambetul lah kan.. lg ramai pkai jersey liverpool dr mesia..-.-'
BalasPadamyg best nyer kat stadium wlaupun diaorg pakai jersi liverpool diaorg tetap sokong malaysia tak booo mcm mase arsenal :)
BalasPadamaritue sy sokong harimau malaya!!!
BalasPadamxde rase cinta kat negara sndiri la 2..
BalasPadamhoho
paling kesian masa game dgn arsenal haritu..penuh merah je kat stadium...siap kena boo lg..
BalasPadamyg menariknya kan, bf sy dia mmg fanatik arsenal. dan lagi la fanatik team malaysia...dia ckp serba salah so xnak pegi stadium...hehe
mcm tu pun ada... =)
ok kannn
BalasPadammereka menyokong bukan bermaksud mereka khianat kepada negara kak. kita mungkin tidak faham dengan situasi ni tapi kalau pergi ke stadium, kita akan lebih faham kenapa situasi ini terjadi.
BalasPadamya betul, by right kita semua patut sokong Malaysia walaupun prestasi bolasepak kita tak segah mcm negara luar. sedih gak tengok "lautan merah" pada hari perlawanan msia vs liverpool, walaupun tewas 6-3 rasa bangga gak dengan kemampuan pemain msia. sejak kebelakangan ni, prestasi mereka sudah semakin meningkat, why not kita bagi moral support skit kat pemain kita nih.
BalasPadam@Freaky
BalasPadamakak tak cakap pun mereka khianat, cuma akak cakap mereka terlampau fanatik! jgn salah erti ye...
mungkin adik tak tgk kot bola ni, pergi stadium ke tak pergi stadium ke akak dah faham sangat situasinya!
sokong dari jauh...walaupon tak minat bola...
BalasPadamsokong dari rumah je..
BalasPadamtapi..
akak tak berapa suka tengok..
bukan tak minat bola..
tapi bila perlawanan gini akak tak nak tengok..
sedih..
tak sanggup tengok team kita di bola2kan aje..