Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 21 Julai 2011

tak takut ke makan harta anak yatim

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni anak yatim piatu... harta pun takde! cuma harta pusaka peninggalan arwah mak dan abah di kampung... sebuah rumah dan sebidang tanah! kat tanah tu adalah sedikit dusun buah-buahan... 

rumah pusaka kat kampung
walaupun rumah di kampung dah takde siapa yang tinggal tapi Mas dan adik beradik memang jaga rumah tu sebaik2nya... sayang kan? itulah saja kenangan arwah mak dan abah... 2 bulan sekali kami akan balik tengok rumah! hilang jugak rasa rindu pada arwah...

alhamdulillah, tahun ni rezeki kami adik beradik murah... pokok durian di dusun berbuah dengan lebat sekali... kami diberitahu oleh makcik yang tolong jagakan rumah, durian dah mula jatuh! seronoknya... tak sabar rasa nak balik kampung!

tapi yang tak seronoknya, ada orang yang panjang tangan sanggup mengambil harta anak yatim... pantang buah durian jatuh, ada je yang jadi tukang kebas!  

tertanya2 jugak, tak takut ke makan harta anak yatim... dahlah tak mintak kebenaran!
 

14 ulasan:

  1. Sangka baik - mungkin dia tak tahu kot.

    :) seronok tu .. baru je abiskan durian kat kampung wife tempoh hari, kali ni nak rembat rambutan lak.

    BalasPadam
  2. biase la 2 kak..
    ade je yg nk mnde pree..
    kak..
    rambutan ade x?
    hihikk

    BalasPadam
  3. @HasrulHassan [HH]
    tak tau apanya...jiran dekat2 rumah je! lagipun dah bertahun dia dok situ dan kenal arwah mak abah Mas! huhuhuhu...

    BalasPadam
  4. @Cik Ezy
    rambutan takdelah sayang...
    durian ngan manggis je!

    BalasPadam
  5. Perkara biasa pjg tgn tak bermakna dihalalkan ya tak? Kami pun adik beradik nasib yg serupa. Tak pernah dpt rasa durian di dusun arwah abah. Bila balik kg tanya pakcik (bapak saudara sendiri) yg jaga dusun tu sentiasa saban tahun alasan yg sama buah durian tak menjadi. Walhal bila di intai kat ceruk dapur dia melambak2 buah durian. Kami pun merajuk tak siapa pujuk. Sedih ajer memanjang. Kami pun anak yatim piatu jugak. Patutlah dia selalu sakit, balik Mekah pun terus sakit2. Tak tau skrg hidup lagi ker tak... hmmm

    BalasPadam
  6. yang suka kebas durian tu yang paling tak suke. dusun orang pun masih gatal tangan nak curi.. haihh

    BalasPadam
  7. tak suka org yg ambil harta anak yatim ni..
    tapi sampai bila org tu nk sedar..
    mkn duit haram..
    tapi tak apa..kita jgn kebulur.
    lagi selesa mencari harta sendiri.

    ~Darah daging pun boleh tikam kita~

    BalasPadam
  8. dh jd tabiat penyangak tu kot sis.harta mu harta ku jua gitu..aduhai x pk halal haram dah tu.aihh

    sian sis adik-badik..sabo ye sis..moga Allah bukakan pintu hati penyangak2 tu kembali ke jln yg benar.

    BalasPadam
  9. rumah tu kosong la sekarang ni, mas?

    BalasPadam
  10. @gedek!
    kosonglah uncle...takde org duduk dah! tapi rumah still elok sbb ada orang tolong jagakan...kami pun balik 2@3 bulan sekali!

    BalasPadam
  11. bior perut die kembung nnt...tak malu lah tu curi durian kite...eeee menciiiiii....

    url bru i...
    http://ciksuesaari.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. Uish3....x bestlah kak mas kalau macam tu. Kalau dia minta izin rasa sejuk sikit ati nikan. Xdelah rasa terkilan sangat. Erm...nak wat camne...dah lumrah kak. Sabar jelah...

    BalasPadam
  13. Rasa rindu pulak nak balik kampung..hehe

    Berdosa woo makan harta anak yatimm.. =.='

    BalasPadam
  14. diorang tahu nak makan jek, nak jaga tanaman tu bukan senang.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com