Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 30 Julai 2011

Tempoyak durian kampung, buat sendiri!

Assalamualaikum...(^ ^)

Murah betul rezeki Mas balik kampung kali ni, dapat merasa durian hasil tanaman arwah ayah. Tapi disebabkan buah yang terlalu banyak, memang tak laratlah nak makan. Jadi buah² yang telah dikumpul tu Mas buat tempoyak, itulah penambah selera untuk makan di bulan puasa nanti. Lagi pun Mas dan adik beradik memang penggemar tempoyak.

Jom kita tengok cara² buat tempoyak. Senang je, semudah ABC! Kalau ada kawan² yang peminat tempoyak, bolehlah beli durian dan buat sendiri.

 mula² durian dikupas dan dikeluarkan seulas²

 seterusnya isi durian ditanggalkan dari bijinya

pastu gaulkan isi durian dengan garam kasar, secukup rasa tau

inilah hasilnya hari ni, stok untuk makan sendiri dan adik beradik yang lain


Senang kan? Tempoyak durian kampung ni memang sedap. Tumbuk cili api dengan ikan bilis, gaul dengan tempoyak tu. Makan pulak dengan nasi panas, bisa tambah 2-3 pinggan!

8 ulasan:

  1. tempoyak saya tak baper suka tapi durian suka haha....

    BalasPadam
  2. saye xmkn duyan..
    cane nk mkn tempoyak..
    hehekk

    BalasPadam
  3. masak dengan ikan patin sedap ni Mas!

    BalasPadam
  4. buat masak ikan patin masak tempoyak sedap neh

    BalasPadam
  5. Selamat menyambut bulan ramadan..
    Selamat berpuasa.. :)

    BalasPadam
  6. mak suka sgt buat tempoyak grr..qaseh tak suka haha

    BalasPadam
  7. Feberetttt ! Nak sebalang boleh tak Kak Mas ?? Hehehe :)

    BalasPadam
  8. cantik sangat blog ini...congrats jer...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com