terkini dan sensasi

Ahad, 21 Ogos 2011

anak nyaris hilang!

Assalamualaikum...(^ ^)

setiap kali shopping raya mesti ramai orang, nak pulak hujung minggu... kadang-kadang itu yang membimbangkan, sebab jika cuai sikit anak hilang entah ke mana! macam Arfan, memang tak boleh leka sikit... sedar-sedar dah lesap! padahal masa tu Mas dah kawal dia sehabis baik...

itulah yang terjadi masa shopping tadi, nyaris hilang! memang kelam kabutlah kami cari... pusing satu kedai baju dok cari dia! jantung jangan cakaplah, boleh kena heart attack... berdegup laju macam orang lari 100 meter... dekat 15 minit jugaklah kami cari dia, dah mengigil satu badan Mas dibuatnya! tiba-tiba Mas tergerak hati nak tengok kat luar kedai, sebab kat luar tu ada mainan musical car!

bagi nak luruh jantung, rupanya dia ada main kat situ! apa lagi kena marahlah, tapi dalam masa yang sama peluk cium jugak! sapa tak risau woooo, anak nyaris hilang!

inilah Arfan, yang nyaris hilang tadi... mahu pengsan mama dibuatnya!

16 ulasan:

  1. seboleh2nya budak2 kita tinggal kat umah jer kak hilang susah mana nak cari...

    BalasPadam
  2. @eila
    masalahnya kat rumah akak nak tinggalkan diaorang dengan siapa? takde orang nak jagakan...

    nak tak nak kena bawak jugaklah! huhuhuuuu..

    BalasPadam
  3. err geram bg pihak

    ank akk bsan la kot

    dok soppin2 ni mne die mnt

    BalasPadam
  4. bahaya bahaya.
    nak raya dah ni kak.

    BalasPadam
  5. @Iffah Afeefah
    dia bukan bosan, tapi dia memang macam tu... pantang nampak kat luar tu ada mainan, mesti dia pergi sorang2 je!

    sebab tu tak boleh leka..huhuhuuu

    BalasPadam
  6. @Syazwan Che Deraman
    memang bahaya!!
    akak rasa nak mati dah tadi, nasib baik jumpa...huhuhuhuuu


    syukur pada Allah!

    BalasPadam
  7. hehe bahaya tu kak.. kene waspada lagi ni. orang ramai cepat hilang.. mujur la takde ape berlaku

    BalasPadam
  8. @Freaky
    tulah, nasib baik sangat!
    akak pun dah cuak tadi...dah lebih dari waspada tu, tapi jadi jugak!

    BalasPadam
  9. huhu. laen kli jgn buat lagi taw. nnti mak marah #kL gangster..

    BalasPadam
  10. nasib baik..kena alert pas ni..

    BalasPadam
  11. pergh... kak liza pun nak pengsan. risau ooo.

    BalasPadam
  12. kalo fit dah menangis dah mas

    BalasPadam
  13. fuh.. nasib baik jumpa..
    kalau ai.. panic teramat dah..

    BalasPadam
  14. apa kata akak ikat pergelangan tangan dia dengan pergelanagn tangan akak time shopping.saya pernah nampak tok arab buat macam tu. bukan nak dera tapi untuk lebih hati2..

    BalasPadam
  15. nasib baik arfan kat situ je, kalau dia merayau ke tempat lain, memang menangis!!! alhamdulilah semua selamat ye Mas.

    BalasPadam
  16. Naseb baik la dia tak pergi jauh..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com