terkini dan sensasi

Sabtu, 27 Ogos 2011

di mana kan ku cari ganti!

Assalamualaikum...(^ ^)

setelah abah pergi di bulan Ramadhan pada tahun 2004, sekali lagi Mas diduga di bulan Ramadhan... tanggal 27 Ramadhan 1428H perginya buah hati pengarang jantung Mas! pergi tanpa sebarang pesan, hanya sekujur tubuh yang kaku sahaja! perginya dia selepas bertarung nyawa selama 27 hari sahaja... dahlah masa tu lagi 3 hari nak raya! 

hari ini genaplah 4 tahun mak pergi meninggalkan kami semua... pemergian mak memang sukar diterima! setiap kali Ramadhan hati akan terasa sayu! tapi kalau mak masih ada Ramadhan adalah bulan sibuk bagi dia... maklumlah mak meniaga kuih-muih tradisional seperti bahulu, putu kacang, kuih siput, kuih buah rotan dan kuih gunting... kuih-muih hasil tangan mak memang terkenal!

bila masuk je 15 Ramadhan mak dah mula buat kuih... kami adik beradiklah yang jadi assistant mak! siang malam sibuk buat kuih! seronok sangat sebab bila mak dah dapat untung meniaga, kami semua akan dapat upah! jadi bolehlah beli bunga api... 

Ya Allah, sedihnya bila kenangkan semua itu... sampai sekarang setiap kali balik beraya di kampung, seperti ternampak2 mak sambut kepulangan kami! mak memang paling gembira setiap kali anak2nya balik... rindunya saat2 itu!

Al-Fatihah untuk arwah mak... moga rohnya dicucuri rahmat!

gambar pinjam google

7 ulasan:

  1. byk2 sedekahkan alfatihah yer kak..


    sy lak arwah abah pegi dalam bulan syawal..sedey..

    BalasPadam
  2. mereka yg dah pergi, dah selesai tugas kat dunia...insyaAllah mereka bahagia di sana...kita punya tugas masih belum selesai... semoga dikurniakan kebaikan utk kita semua...al-fatihah buat arwah :)

    BalasPadam
  3. surely it was meaningful for u sis :)
    al-fatihah buat arwah mak sis..
    moga arwah tenang di dunia sana..

    btw, selamat menyambut lebaran ya!

    BalasPadam
  4. al-fatihah untuk arwah mak kak mas.

    BalasPadam
  5. Al- fatihah
    sabar ye sis .. yang hidup pasti akan kembali pdNYA .. semoga arwah ibu tenang kat sana

    BalasPadam
  6. al fatihah kak mas. :') sama2 kita doa kan kebahagiaan ayah kak mas di dunia sana.

    BalasPadam
  7. al-fatihah. kuatkan semangat kak mas..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com