terkini dan sensasi

Isnin, 15 Ogos 2011

duit raya... cuma tradisi turun temurun

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari koleksi peribadi
sebelum duit bonus Mas tu habis ke benda2 yang tak berfaedah, lebih baik Mas tukar duit raya siap2... manalah tau kan? bila tengok duit banyak dalam gengaman tu, mulalah gatal tangan nak membeli macam2... 

tahun ni terpaksa berjimat cermat, almaklumlah kos hidup semakin meningkat... jadi duit raya pun terpaksalah dipotong sikit! tak bolehlah nak mewah2 seperti tahun2 lepas! 

cerita pasal duit raya ni memang seronok, terutama kanak2... tapi kanak2 zaman sekarang dah demand! kalau kita bagi RM1 siaplah kena kutuk... 'auntie tu bagi seringgit je, sikitnya! bagilah RM5 ke? kalau zaman kita kanak2 dulu, takde pun camtu kan? terimanya seadanya duit yang diberi, janji duit!

bagi Mas pemberian duit raya ni tak perlulah nak menunjuk2 yang kita boleh bagi dengan jumlah yang banyak... cukuplah sekadar pemberian kita itu ikhlas! lagipun ianya bukan wajib, sekadar meneruskan tradisi turun temurun!

yang wajib ialah zakat fitrah tu... jangan buat2 lupa bayar pulak!

10 ulasan:

  1. tapi budak budak skrg pandai demanding kak mas huhu..kite dulu dpt singgit pun rasa mcm besaaaar sgt :)

    skrg ni singgit tu diaorg pandang mcm 50sen kot huhu

    BalasPadam
  2. haha skang kanak2 x pandang dah rm 1.. gila dasatt

    BalasPadam
  3. zaman I kecik2 dulu..... dapat 50sen dah paling best dah. sebab 50sen tu dulit yang saiz paling besar. hahahaha..

    BalasPadam
  4. akk zaty dah besar dpt lebih skit kot..:p..bdk2 dpt rm 1 ckup lah ..hehehhe

    BalasPadam
  5. zmn saye kecik2 dulu org bg 5posen je..
    lgsg xkisah..
    hihikk..

    BalasPadam
  6. betul tu kak...
    bebudak skrg tak makan saman...
    duit kaler biru dah pandang nak...
    nak duit kaler hijau dan merah je...

    BalasPadam
  7. tula. bg just ntuk mgmbirakn kanak-kanak kan..

    BalasPadam
  8. hehee.. nk gak la akak!
    nina tak kawin lagi.. layak dapat duit raye heheheheheheh

    BalasPadam
  9. @blogtilldrop
    kena tukar awal sikit, kalau tak duit habis! itupun saya pergi tadi dah dapat duit lama utk duit RM5..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com