mrs secretary

Isnin, 22 Ogos 2011

handphone pulak nyaris hilang!

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar sekadar hiasan... pinjam sini
Mas sambung lagi pasal kisah nyaris hilang yang berlaku semalam... dahlah masa sibuk2 shopping anak nyaris hilang, klik sini untuk baca! pastu masa tengah tunggu waktu berbuka, handphone pulak nyaris hilang!

memang Mas marah betul dengan diri sendiri, kenapalah Mas cuai sangat semalam... cuai nak kawal anak dengan sebaik mungkin dan cuai jaga harta sendiri! nasib badanlah kena bebel dengan husband... 

kisahnya macam ni... masa tu kami tengah lepak2 sementara tunggu waktu berbuka! tengah borak2, anak Mas yang lelaki tu sibuk minta handphone Mas... nak tengok jam katanya! Mas pun bagi jelah dan siap pesan nanti pulang kat mama semula... bila dah hampir waktu berbuka Mas pun beredar dari situ! singgah sekejap kat kedai bakery untuk beli roti... masa nak ambil purse baru perasan yang handphone takde!

terus teringat yang anak Mas pegang handphone tadi... kelam kabutlah suruh husband tengok kat tempat kami duduk tadi! tengok2 dah takde handphonenya... waaaaaaa, rasa nak nangis! iphone ko, kumpul duit setahun baru dapat beli... 

tengah kelam kabut tu tiba2 ada orang call handphone husband... rupanya ada seorang indian lady ni dia terjumpa handphone Mas tertinggal kat kerusi tu... teruslah dia call nombor yang first sekali ada kat senarai contacts tu! nasib baiklah nombor husband! 

memang Mas rasa nak jerit kegembiraan lah masa tu... siap peluk lagi indian lady tu! tapi sempat jugaklah dengar nasihat dari dia... heheheee! tulah, sapa suruh cuai kan?

16 ulasan:

  1. nasib baik dapat kat org yang jujur..kalau tak bye2 la..

    BalasPadam
  2. nasib baik ada insan yang berhati mulia lagi..

    BalasPadam
  3. nasib baik lagi ada yg masih jujur

    BalasPadam
  4. kak mas dpt org baik yg jumpa..beruntung..

    kalau org lain yg jumpa tkt terambang mata kan huhu..

    BalasPadam
  5. brsyukur indian lady tu pulangkan balik.. memang baik hati dia kan.. ;)

    BalasPadam
  6. cuai nyela

    huhu

    pas ni ape lak ilang

    BalasPadam
  7. masih ade org yg baik hati kat Malaysia ni kan...

    BalasPadam
  8. @ciksufi
    betul tu...
    lega sangat, masih ada orang macam ni!

    BalasPadam
  9. @Iffah Afeefah
    huhuhu..mmg akak cuai!

    harap2 lepas ni takde apa dah yg nyaris hilang...perlu lebih berhati2!

    BalasPadam
  10. @PinKy MoMMa
    memang betul2 beruntung dik...
    rasanya kalau orang kita memang langsailah!

    BalasPadam
  11. @aizamia3
    tulah, sangat baik!
    siap bagi nasihat lagi...huhuhuuu

    BalasPadam
  12. mak aihh..Iphone you, kalau hilang, sure org dah sapu tak pulangkan. nasib jumpa org yang amanah nak pulangkan semula. alhamdulillah

    BalasPadam
  13. ada rezeki nak dpt balik...huhu

    mcm sy hari tu...tp wallet lah.

    dh setengah jam tinggalkan gitu je lam toilet. almost 1K cash pulak tu yg ada lam wallet...

    alhamdulillah bila tersedar tu, masih ada lg di sana.

    BalasPadam
  14. alhamdulillah nasib baik dpt kat org yg baik ..hati2

    BalasPadam
  15. Baeknya hati dia..Naseb baek la dia jujur nak pulangkan balik kan..Kalau tak menangis la kak mas sepanjang raya ni ..hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com