terkini dan sensasi

Khamis, 18 Ogos 2011

kena setem 50 sen lah...

Assalamualaikum...(^ ^)


semalam Mas dah pos beberapa kad raya untuk rakan2 blog yang sudi menerima kad raya dari Mas... masa pos tu Mas hanya gunakan setem 30 sen sebab itu jelah stok setem yang ada... sebelum pos tu tanya jugak dengan husband, sampai ke kalau guna setem 30 sen? husband dengan yakinnya jawap, mesti sampai punya...

hari ini pun Mas pos lagi beberapa keping... tapi kebetulan stok setem dah habis! Mas pun nak belilah setem 30 sen lagi 10 keping... tapi posmen tu kata kalau nak pos kad raya kena guna setem 50 sen! macam mana ni... semalam Mas dah pos guna setem 30 sen!

terus tanya dengan posmen tu, sampai tak kad2 yang Mas pos semalam? akan sampai katanya... tapi penerima kad tu akan dikenakan denda 20 sen masa nak terima kad tu! tapi posmen tu ada cakap, terpulang jugak pada budi bicara posmen yang hantar tu... kalau dia tak kisah, dia tak akan minta denda tu!

alaaaaa...camne ni? kesian pulak dekat kawan2 yang terima kad tu nanti... tak pasal2 kena bayar denda 20 sen pulak nanti! 

jadi Mas nak minta maaf pada Edie, Syazwan, Laily Qaisyirah, Ezahd, Sunah dan Hasrul Hassan kalau masa terima kad tu nanti kalian kena bayar denda 20 sen! huhuhuhuuuu...

14 ulasan:

  1. nsb baik zaty blom bli setem lagi akk .. selamat ...=)

    BalasPadam
  2. ala. tak kisah la kak mas... tp posmen kt tmpt edi ni. campak je surat. sbb dia nk cpat.. hehhe

    BalasPadam
  3. owhh..sekarang ni dah 50 sen eyh..tak tahu pun..nampak sangat dah lama tak hantar surat..hehee.

    BalasPadam
  4. ahahahhahaha...kelakar lakkk... adeiii...kang saya suh akak bank in 20 sen... :p

    BalasPadam
  5. Salam Mas .. tak apa, sib baik posmen tu member (konon), selalu dia tak ambik denda pun, tapi dia akan bagitahu .. huhuhu... byk kali jadi dah termasuklah kad kawin .. hehehe

    BalasPadam
  6. hahhaha masa post kad kak mas tu kan..hubby yg cakap kt kite yang stamp 30 sen dah pupus..kesian kat postman mcm tak berbaloi je antar kad bayaran 30 sen je..

    so dia pun letak stamp 50sen..org pejabat pos dh pesan awal2 kt dia..sbb tu tau ;p

    BalasPadam
  7. sama lah ari tu sy p pos srt ke JPA...mmg skrg smua 50sen dah takde dh 30sen...hehe..sy pun baru tau time nk pos srt tu...kihkih

    BalasPadam
  8. kalau dulu kad raya ngan sampul tak di gam 20 sen je.. sekarang camner ye?

    dah lama tak guna pos biasa.. semua surat sy pos ngan pos biasa tak sampai.. guna pos ekspress je la :(

    BalasPadam
  9. hehe... zaman dulu boleh la kak pakai setem 30sen.. skrg ni tak dapek dah... paling sikit bleh pakai 60sen.. musim raya ni je utk kad raya die bg 50sen..;)

    mak keje kat pej pos tu psl tahu hehe..

    eh kad ry utk my tade ke? heeee~

    BalasPadam
  10. Huhu..setem pon da naek harga ye..lama dah tak anta2 kad raya nih..hmm...

    BalasPadam
  11. haha rilek la kak

    skit je kene bayar

    BalasPadam
  12. kak mas, penerima kena ke pejabat pos utk byr denda 20 sen tu, kemudian baru dpt surat :(

    BalasPadam
  13. inilah punca yang den tak hantar kad raya.. sejak tahun lepas lagi..

    kalau tak, member sekolah tetiap tahun dapat dari ai..

    BalasPadam
  14. kelakar tol lah mas ne..tu harga zaman tok kadok..sekarang kad raya 50 sen..kalu surat biasa 60sen...berat sikit 70sen...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com