Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 5 Ogos 2011

macam nak larikan diri pulak

Assalamualaikum...(^ ^)

sesiapa yang pernah baca entri ni pasti tahu kemelut yang Mas hadapi...

masuk bulan ni dah hampir 4 bulan husband siapkan projek buat awning di rumah jiran kami tu... tapi sehingga ke hari ini baki bayaran masih belum dijelaskan! Mas dah husband dah penat dengar pelbagai alasan daripada dia...

pastu bila bulan ni kami cuba minta lagi, dia macam cuba nak larikan diri pulak... banyak kali husband sms tapi tak dibalas! call pun tak angkat... bila balik kerja pun cepat2 je dia masuk rumah dan tutup pintu... takut kami nampak dia!

Mas dan husband dah buntu, tak tahu nak buat camne! dahlah kami amat memerlukan duit sekarang... kalau ikutkan hati Mas yang sakit ni, nak suruh husband robohkan semula awning rumah dia tu... tapi kami masih berhati perut!

bantulah Mas kawan2... bagaimana caranya Mas nak dapatkan duit kami tu! kalau boleh kami tak mahu bergaduh atau menyinggung hati sesiapa... kami cuma mahu dia faham!

gambar sekadar hiasan

12 ulasan:

  1. Salam Mas.
    Hmmm susah dapat jiran macam ni kan. Saya pun ada gak isu ngan jiran tapi biasalah, malas nak perbesarkan. Sendiri mau ingat je ...

    BalasPadam
  2. biaselah kak mas.. incik tunang pon ade wat side job gak.. wiring dah siap tapi duit tak bayar lagi.. nak mintak segan sebab kawan sendiri.. :(

    BalasPadam
  3. kaka mas cakap elok2 yg k.mas pun perlukn duit.. xelok la keje da selesai tp xbaya kan..


    err..patern langsir cemane femes raya thn ni eh?

    BalasPadam
  4. dasyat org zaman skrg nih...sesama jiran lak tuh...ish ish ish...cuba akak bgtau dia yg akak perlukan sgt duit tuh...

    BalasPadam
  5. mas, cuba bertegas..ketuk je pintu rumah dia, minta bayaran...dan katakan kalau tak mampu nak bayar, tak pe lah...kami bukak semula awning ni

    BalasPadam
  6. eh, dia ta malu ke. jiran tu.. klu ta leh byar bnyk2. byar la sket2 kan.. huhu.. manusia2x

    BalasPadam
  7. skong aku ibu muda

    kene tegas..ketok je pintu..

    kalau takmo ley lapor polis

    ugut je

    BalasPadam
  8. cabut jer awning dia tu balik..ha3 tu cara paling kejam...

    BalasPadam
  9. cuba amalkan ayat ni...
    dikenali sebagai doa nabi noh..

    “La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”

    (Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. Γ’€“al-AnbiyaΓ’€™: 87.

    semoga hati orang yang berhutang tu lembut...

    BalasPadam
  10. ee pantang betul dgr org berhutang taknak bayar nih. dah berjiran plak tu tak malu ke???

    sms selalu kak mas mintak dijelaskan bayaran sebab memerlukan sgt duit tu..

    kalau die taknak robohkan ngn rumah2 die je skali...-.-'

    BalasPadam
  11. ermm susah gak situasi ni kak.. sebab banyak alasan yang diberi. cuba selalu minta dengan dia

    BalasPadam
  12. bagus lg, jiran.. x macam kes my bro, COUSIN..lagi lah teruk..their probs also still in progress

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com