mrs secretary

Selasa, 16 Ogos 2011

mama, kakak dah buka puasa!

Assalamualaikum...(^ ^)

anak Mas yang sulung baru lepas telefon...


ika : mama, kakak dah buka puasa...

mama : kenapa pulak? 

ika : tadi kat sekolah kakak muntah, banyak sangat! pastu bila balik rumah kakak tak larat dah nak puasa... babah suruh kakak berbuka je...

mama : hurmmm... takpelah, nak buat camne kan? kakak tak larat macam mana nak teruskan puasa... nanti sakit pulak! 

ika : tapi kakak sedihlah mama... dah tinggal sehari puasa kakak! kakak nak puasa penuh tahun ni... 

mama : janganlah sedih, nak buat camne kakak dah tak larat kan? bukannya kakak sengaja tak nak puasa... lagipun tinggal sehari je kan... 

**********
kesian pulak Mas dengar... semangat betul dia nak puasa penuh! tapi kalau dia tak larat, memang Mas dan husband tak akan paksa teruskan puasa... takut memudaratkan pulak! 

terfikir sejenak kenapalah orang dewasa yang mampu berpuasa tetap masih ada jugak yang malas berpuasa!

8 ulasan:

  1. kak mas...opismate sy lelaki selamba je minum depan opismate kristian...

    sampai yg kristian tu duk bising2 kt sy tanya kenapa mamat tu tak posa..huhu

    *mati akal tatau nk jawab pe :(

    BalasPadam
  2. hehe. bangga ade anak cam kakak tu kan.. :)

    BalasPadam
  3. oh. edi pom nk ank mcm ank2 kak mas ni la.. hohoho. sgt2 bagus

    BalasPadam
  4. hehehe..
    bagusnya anak kak mas.

    comel ;)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.

    hehe.baguih betoii ank kak mas,
    prang dewasa yang tak puasa tu adalah yang dewasa pada umur semata, pemikiran masih baby lagi..hehe;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com