Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 11 Ogos 2011

masa untuk mereka berdikari

Assalamualaikum...(^ ^)

mulai semalam husband Mas dah start bertugas di Balai Bomba Sepang... memandangkan dia terpaksa bertugas 24 jam maka anak-anak Mas terpaksalah tinggal dua beradik je kat rumah lepas sekolah... bukannya tak mahu hantar kat rumah orang tapi kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan memaksa kami redha untuk tinggalkan mereka berdua di rumah!


memanglah risau, tapi Mas kena percaya yang mereka selamat berada di rumah sehingga Mas balik dari kerja... lagipun Atikah dah besar dah boleh diharap untuk jaga adik dia! anak perempuan kan? tapi sebelum tinggalkan mereka tu berjela-jela pesanan penaja yang Mas berikan!

walaupun berat hati nak tinggalkan mereka bersendirian di rumah, tapi Mas kena jugak! masa nilah Mas nak ajar mereka berdikari kan? umur anak tu bukan penghalang untuk dia berdikari... yang penting Mas percayakan mereka!

16 ulasan:

  1. anum doakan tidaka ada perkara-perkara buruk ok

    BalasPadam
  2. umur anak sulung tu berapa kak?

    tp biasanya kalau gegirl sulung, boleh diharap. mudah2an tak de apa2 lah.

    BalasPadam
  3. jgn bg keluar kemane2 bile kak mas tade!!! balik sekolah ade org hantar blk ke?

    BalasPadam
  4. @Anumterima kasih! mudah-mudahan..

    BalasPadam
  5. @Aku Ibu Muda
    8 tahun...
    tulah, sbb gegirl lah..mas percaya sikit!

    BalasPadam
  6. @mynameismy
    memang akak kunci pintu, siap mangga lagi... pastu kunci tu kami sorok! tak bagi diaorg bukak pintu kan..

    balik sekolah abah dia jumpa, antar kat rumah pastu abah dia pi keje balik..

    BalasPadam
  7. smoga ank2 kak mas jd cpat matang bila b'sndirian mcm tu..

    BalasPadam
  8. kak mas..insyaAllah kita doa sama2 yer..minta minta kakak dapat jaga adik begitu juga ngan adik..yg penting umah kena berkunci slalu..

    BalasPadam
  9. ksian mereka tpi xpe... tutup gas.. pastu simpan bnda tajam tmpat yg slamat, lgipun kakak dh besar kn.. InsyaaLLAH leh jga adik dia :)

    BalasPadam
  10. akak jangan risau.percayakan anak akak ya.hehe
    saya darjah 3 da jaga adik saya...hihi

    BalasPadam
  11. bace entry ni, terbayang kan mcm mane la zaman i bekeluarga nanti...

    (poyo je..hahaha)

    selamat berpuasa di samping keluarga tersayang ya...

    Acapsuur (>,<)

    BalasPadam
  12. Salam mas, comei anak2 mas ni. hehe.
    hadiah abg eq dah pos register pagi tadi. get ready ok...pesan kat anak mas nnt...

    BalasPadam
  13. insyaAllah semuanya selamat kak :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com