Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 1 Ogos 2011

Masak Tempoyak Ala Kampung

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang dah pukul 5 petang, Mas pun dah mula memasak. Siap masak ni nak pergi bazar, nak jugak merasa ronda² kat bazar Ramadhan di Temerloh ni. Nanti esok pagi dah balik ke Salak Tinggi.

Hari ini Mas masak menu turun temurun, menu ni memang wajib ada kalau bulan puasa. Nak pulak sekarang ni tempoyak banyak, jadi memang seronoklah nak masak. Kalau makan ni memang boleh bertambah nasi 2-3 pingganlah! 

Nak buat dia senang je, ini bahan²nya
Seikat pucuk ubi kayu
10 helai daun kaduk
4 batang serai
3 papan petai
3 sudu tempoyak
10 biji cili api (kalau suka pedas lebihkan)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Semangkuk pati santan
Kunyit, garam, asam keping dan serbuk perasa

Cara² membuatnya
1. Hiris kasar pucuk ubi kayu, daun kaduk dan serai, kemudian rebus sampai layu.

2. Dah siap rebus, toskan airnya. Pastu masukkan petai yang telah dipotong, bahan yang telah ditumbuk seperti cili api, bawang merah dan bawang putih. 

3. Seterusnya masukkan pati santan dan masak atas api sederhana. Bila dah mengelegak, masukkan tempoyak, kunyit, garam, asam keping dan serbuk perasa. Masak sampai pekat.

Selamat mencuba!


9 ulasan:

  1. yaaaa ampuuunn kak!
    saya pntg dgr tempoyaakkkk ni!
    wee..
    kecur air liur...
    daaapnyeee
    akak!
    camat buka poce!

    BalasPadam
  2. sya pun addict tempoyak. mmg tegar la. hihi

    BalasPadam
  3. Lain dr yg lain ni

    harus cuba

    BalasPadam
  4. tak makan tempoyak la pulak...

    BalasPadam
  5. kecurrrrr air liur..memang terbaik la kak mas :)

    resipi dolu2 memang terangkatkan :)

    BalasPadam
  6. wah masih bercuti ke kak hehe..

    My pun baru je blk dr johor hehe. esok keje dah isk

    BalasPadam
  7. x pernah makan nie..sure kt Temerloh glamer kan..leh try nnt..:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com