Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 22 Ogos 2011

pergi tak akan kembali

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google
tanggal 22 Ramadhan 1425H perginya seorang abah yang amat Mas cintai dan sayangi... hanya terlantar sakit selama hampir 6 bulan, abah pergi meninggalkan kami semua! sebak dan sedih hanya Allah SWT yang mengetahui... dahlah masa tu lagi 8 hari je nak raya!

hari ini genaplah 7 tahun pemergiaan abah... memang setiap kali puasa Mas pasti akan teringat! maklumlah abah pergi di bulan Ramadhan kan? kalaulah abah masih ada dialah orang yang paling sibuk setiap kali nak raya... sibuk cari buluh nak buat pelita, sibuk cari kayu api dan buluh untuk buat lemang dan sibuk nak buat dodol dan wajik! semua tu wajib ada bila raya...

bila tiba malam raya abah mesti suruh along Mas tuliskan nama semua ahli keluarga dalam bahasa jawi... along sekolah arab, jadi dia jelah yang teror sikit tulis! semua tu untuk persiapan nak bayar zakat fitrah... abah memang akan bayar sebelum sembahyang raya, ambil sunat katanya! 

balik je dari bayar zakat fitrah, dia dah sibuk suruh anak2 semua siap... pukul 8 semuanya mesti dah siap dan beratur untuk bermaaf-maafan! pastu keluar sama2 untuk sembahyang raya di masjid...

Ya Allah, indahnya semua kenangan dengan abah... jadi tiap2 kali raya kami adik beradik memang teruskan tradisi buat lemang... cuma dodol ngan wajik je tak buat! masa buat tu teringat saat2 indah buat lemang bersama abah... memang menitis airmatalah!

Al-Fatihah untuk arwah abah... moga rohnya dicucuri rahmat! 

16 ulasan:

  1. moga die gembira di sana kak

    sedih kan bile kehilangan

    BalasPadam
  2. Al fatihah utk ayah akak mas. mmg perit kalau kita cuba igtkan kembali kenangan itu. sedih.

    BalasPadam
  3. al fatihah utk arwah mas...

    semoga ingatan dan doa anak2 memberi ketenangan dia di sana...

    BalasPadam
  4. dia pergi di bulan yg baik kak mas :D

    BalasPadam
  5. kala membaca ini, sedih dan sayu...moga MAS sentiasa tabah hati. ku sedekahkan al fatihah buat arwah ayah MAS. Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya. amin

    BalasPadam
  6. al-fatihah utk abg kak mas..

    BalasPadam
  7. dia sudah senang hati disana tgk akak dah berjaya bahagia sekarang :) AL FATIHA

    BalasPadam
  8. mas, takziah, moga allah mencucuri rahmat atas aruah ayah mas.... alfatihah

    BalasPadam
  9. al fatihah..banyak2 berdoa untuk arwah

    BalasPadam
  10. Al-fatihah..moga arwah di tempatkan di kalangan yg beriman

    BalasPadam
  11. hanya doa penyambung antara org yg telah tiada .. =)

    BalasPadam
  12. alfatihah, moga roh arwah tenang di Sana

    BalasPadam
  13. arwah atok saya meninggal 14 Ramadhan...

    BalasPadam
  14. Sayu terasa dalam hati ni baca entri akak ni.. Officemate MTT baru kehilangan ayahanda dia masa Ramadhan ke-3..

    Al fatihah buat keduanya..

    BalasPadam
  15. huk3...rindu sangat kat arwah Abah...
    alFatihah buat arwah abah, semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin... ="(

    aku paling sedih bila pergi bayar zakat...dulu abah ade bg duit jer skrg kena gi jumpa amil bayar sendiri...mesti bergenang airmata masa nak bayar tu...

    BalasPadam
  16. Al Fatihah buat arwah ayah Mas..ayah akak pun dah lebih sepuluh tahun meninggalkan kami, tapi rasa sprti baru je..hati makin teringat, bila ramdhan tiba..syawal nanti, lebih2 lagilah..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com