Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 1 Ogos 2011

puasa pertama di kampung

Assalamualaikum...(^ ^)

first day puasa tahun ni Mas berpuasa di kampung... rasa seronok sangat dan ada sedikit rasa sedih lah! seronok sebab udara sejuk dan nyaman di kampung, jadi tak rasa letih sangat berpuasa... sedar tak sedar dah jam 11.00 pagi... pastu lauk dan sayur di kampung lebih murah berbanding di bandar! sekali beli bahan basah tak sampai RM50...

rasa sedih pulak sebab terkenangkan arwah mak abah... petang semalam Mas sempat pergi ziarah kubur mereka! syahdu rasanya, terkenang masa2 berpuasa bersama mereka... mesti dapat makan kuih2 tradisional yang sedap2 dan menu berbuka yang best! pagi tadi masa bangun sahur pun terngiang2 suara mak kejutkan... indahnya kenangan itu!

yang paling tak menahannya bangun pagi terus kutip hasil durian yang gugur malam tadi... wah! banyaknya... tapi tak terliur tau sebab semalam dah makan puas2! 

hasil yang dikutip pagi ni... berbaloi!

segala keseronokan itulah yang membuatkan Mas rasa nak stay seminggu kat kampung... tapi nak buat camne, esok dah kena balik.... pasti rindu!  
 

15 ulasan:

  1. kat mana kg mas? selamat berposeee :)

    BalasPadam
  2. kampung memang serba serbi murah kak mas :)

    sbb tu pinky ckp suasana dikg berbeza ngan kampung..seronok..

    tak pe nnt bila anak2 dh besar nnt..kak mas leh la balik duk kg :)

    al-fatihah tuk kedua arwah org tua kak mas ya..

    BalasPadam
  3. salam ramadhan

    BalasPadam
  4. waaa banyaknya durian kak... rumah saya pun tgh banyak gak durian.. huhu penin dibuatnya

    BalasPadam
  5. bestnya makan dorian
    anum baru je balik kg last week

    BalasPadam
  6. sodp eh kalau dapat melantak doyan,.. haisshhh, terliuq.

    BalasPadam
  7. alahaiii akak syahduuu syahdannnnyer kenangan itu....

    bestttnyer duriannnn
    kepinginn nk mkn xdpt2 huhu

    BalasPadam
  8. ya ampunnnnn akak!
    kalo dapat kat saye ni
    duri2 dh kat tongsampah ni..heheh
    isi masok perot..hehehe

    BalasPadam
  9. salam ramadhan mas...sy smlm baru smpi sini dr kg~makan duyan byk sgt pun dh pening!hehe...

    BalasPadam
  10. banyaknya durian..lanting kat sini sebiji dua la...hehhehe

    BalasPadam
  11. @trigyy
    kampung akaklah... kat temerloh, pahang!

    BalasPadam
  12. Selamat berpuasa Kak Mas..Nak durian sebijikkkk ! :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com