terkini dan sensasi

Khamis, 18 Ogos 2011

rupanya "hilang" kerana duit!

Assalamualaikum...(^ ^)

apalah nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang... mak ayah punyalah risau bila anaknya tidak pulang ke rumah dan disyaki hilang! tetapi sebenarnya anak sendiri yang merancang 'kehilangan' tersebut demi mendapat sejumlah wang yang banyak... kenapalah jadi macam ni kan? mesti terpengaruh dengan pujukan teman lelakinya...

sumber gambar dari google

Gadis 'hilang' dan teman lelaki kena tahan
SUBANG JAYA : Kehilangan pelajar tingkatan 5, Ameerah Asha sejak enam hari lalu, terjawab semalam apabila gadis itu ditahan bersama teman lelakinya kerana disyaki merancang penculikannya dan menuntut wang tebusan RM50,000 dari ibu bapanya.

Gadis 17 tahun itu dan teman lelakinya 19 tahun ditahan jam 9 pagi oleh sepasukan Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, dalam sebuah kereta di Saujana Puchong dekat sini, hasil maklumat risikan, susulan ugutan diterima ibu bapa gadis berkenaan, kelmarin

Hasil siasatan mendapati kes kehilangan dirancang pasangan berkenaan. Dia sebenarnya tidak hilang seperti dilaporkan, sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikannya untuk mendapatkan wang. Dia bersubahat dengan teman lelakinya untuk mendapatkan wang tebusan. (sumber : Berita Harian)

dia ingat perkara sebegini main-main agaknya... macam mana kalau mak ayahnya percaya dan bayar wang tebusan tersebut! sanggup dia buat camtu kan? kalau ada masalah sekali pun, apa salahnya berbincang dulu dengan ibu bapa... 

lagi satu, janganlah mudah terpengaruh dengan teman lelaki! mula-mula dia ajak sama bersubahat... tapi bila lelaki tu dah dapat duit tebusan tersebut, dia mungkir janji! tak pasal-pasal pulak kita yang jadi mangsa... 

10 ulasan:

  1. Ya allah tak kesian ker kat mak ayah dia.. =..="

    BalasPadam
  2. errg geramnya anum baca n3 nie.
    macam2 sekarang nie

    BalasPadam
  3. sedih pc baca..kecian dekat mak ayah dia..hurm.

    BalasPadam
  4. ada bace gak berita ni. tah hape2 tah kan... aiyoooo

    BalasPadam
  5. tak senonohnyaa..budak tu tak tau ke perasaan mak ayah dia, sampai masuk tv3 semua nak cari anak..apa la...

    BalasPadam
  6. ksian

    mak punye baik

    patut tak yah siar gamba tak ttp aurt hurmm

    BalasPadam
  7. ya Allah..moga moga anak anak kita tak jadi camni..amin ya Allah..
    jadikanlah anak anak kami anak yang sayang pada ibu bapanya..jadikan mereka anak yg soleh dan solehah..

    lembutkan hati anak anak kami..aminnnn

    BalasPadam
  8. pergh.. sggup buat cmtu.. kurg ajaq btoi.. huhuhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com