Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 17 Ogos 2011

takde duit kecik kak!

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar sekadar hiasan... pinjam sini
sebagai peniaga sepatutnya mereka kena bersedia dari pelbagai aspek... bukan saja menjual makanan, menjaga kebersihan dan mesra pelanggan... tetapi seharusnya menyediakan wang yang mencukupi ketika berurus niaga!

kejadiaan semasa di bazar ramadhan petang tadi...
Mas beli nasi kerabu dengan harga RM5.00... masa tu Mas dan husband memang takde duit kecik, yang ada cuma duit RM100 sahaja! masa nak bayar tu, peniaga tu terus tanya "takde duit kecik ke kak?" Mas pun cakaplah, memang takde!

pastu boleh pulak dia cakap "akak pergi beli kat gerai lain dululah, nanti dah ada duit kecik akak datang sini semula!" Mas pun dah geram masa tu, ada ke cakap camtu... dia dah berniaga dari jam 4 petang, takkanlah takde duit kecik... 

terus Mas jawap "kalau saya pergi gerai lain pun mereka cakap perkara yang sama jugak... habis tu sampai waktu berbuka saya tak dapat beli apa2!" lepas Mas cakap tu, terus dia keluarkan duit RM50 ngan duit RM10... pastu siap buat muka macam tak puas hati je!

Mas pun apa lagi, terus sindir dia "ada pun kak duit keciknya, terima kasih ye!"

macam tu ke layan pelanggan... kalau boleh dia nak kita cari duit kecik dulu baru beli kat gerai dia!

14 ulasan:

  1. ish3 nampak benor nipunyee hehe

    BalasPadam
  2. slalu terkena ngan peniaga cenggini. ... tnsen jer

    BalasPadam
  3. mm..ptg td pn br terkena..nsib baik adik tu pergi tukar dgn gerai sebelah..selaluny gerai melayu yg gitu... gerai cina india tak pernah lg berlaku pd sy..setakat ni la..
    so, the moral of the story: be prepare before you serve..

    BalasPadam
  4. memang peniaga ada duit kecik... tp rm 100 tu besar sangat la kak.. hu hu kesian kt mereka

    BalasPadam
  5. ada ke gitu...
    mau lari customer...

    BalasPadam
  6. alasan takde duit kecik tu memang tak boleh blah!

    BalasPadam
  7. adehhh..nape la macam tu kan.. bagi je la...huhuhuhu

    BalasPadam
  8. mmg selalu dgr ayat cmtu..xde duit kecik kek..huhuuu

    BalasPadam
  9. kita pun pernah kena gak cam tu tapi biasanya kita dah prepare duit kecik sebelum ke pasar..pasal leceh nak carik duit tukar kan..

    BalasPadam
  10. klu pniaga tu xda duet kcik pom, sptotnya dia ckp cmneh.

    "xpa la kak, akk amek dlu. esok2 byar la.."

    kn murah rzeki bulan pose cmtu.. hehhe

    BalasPadam
  11. selalu gak camni..
    kadang2 tu tak patut jugak..
    sebab.. diorang kena sediakanlah duit kecik..
    nama lagi berniaga..

    nak lg senang.. g sana, bawak duit singgit2 je.. hahaa

    BalasPadam
  12. Salam Mas & family,
    Terima kasih singgah blog abg eq dan komen. Kad raya 'cyber' kat blog abg eq tu abg eq alu2kan untuk letak kat blog Mas k...ikhlas dari abg eq...
    Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba...

    p/s: nice pice kat pasar ramadhan ni...

    BalasPadam
  13. haih ape la kan mcm ni pnye perangai.. patutnye die la yg pegi tukar duit tu br betul

    kat kafe bawah office ni ade satu kedai kalau beli nasik campur suke hati mak bpk die je letak harga.. cthnye kalau harga nasik tu 5.50 dia akan cakap RM6 sbb die mls nk tukar2 duit kecik.. mongok giler

    BalasPadam
  14. Patotnya dia yang kena sediakan duit tukar.. =..="

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com