Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 17 September 2011

ajar anak hormat orang tua

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pernah tengok seorang budak memanggil ayahnya dengan panggilan nama sahaja... memang agak kurang sopan dan keterlaluan kan? itu ayahnya, tak sepatutnya dia panggil nama ayahnya macam tu je... tapi Mas tak salahkan budak tu, sebab Mas tengok ayahnya macam tak kisah je! 

sebagai ibu bapa walaupun kita hanya anggap itu perkara biasa ataupun sekadar gurauan tetapi itu akan jadi tabiat nanti! kalau dah bermula dari rumah anak2 hanya memanggil ibu bapa dengan nama sahaja, bagaimana pula dengan orang lain... tentu mereka akan berbuat begitu juga!

semua ini bermula dari rumah... kalau di rumah kita tidak ajar anak2 hormat kepada kita sebagai orang tuanya, tak mustahil mereka akan berbuat begitu juga pada orang tua yang lain! jangan menyesal pula nanti kalau anak2 kita bersikap biadap dan kurang ajar... 

walaupun kita sebagai mak ayah tak kisah... tapi ajarlah anak2 kita hormat orang tua!

melentur buluh biarlah dari rebungnya... jangan dah jadi buluh baru nak lentur kan?

gambar pinjam sini

8 ulasan:

  1. saya setuju sangat. lagi satu bila budak2 ni nampak org OKU. tengok mcm tak ada adab. siap tunjuk2 lagi..parents kena tegur hal ni. saya tengok pun naik geram jadinya.

    utk dikongsi..ummi sy yg beritahu.masa kanak2 dulu, penah jiran belakang rumah jaga saya jika ummi sy ada hal. sejak tu ummi nampak sy selalu salam org tua bila sy jumpa ataupun sy berbual atau menjawap dgn sopan dgn mereka..ummi yg cerita..

    moralnya, pengasuh anak2 pun turut memainkan peranan dgn menerapkan nilai-nilai yang baik =)

    ~kami adik beradik dari kecil sudah diajar untuk panggil pangkat contohnya kakak, angah dll. kami tidak gunakan nama..bahasakan diri dengan orang pun tak boleh sebab ummi marah

    BalasPadam
  2. susah nk didik anak kalau kita terlalu manjakan. macam adik bngsu saya, mama sy terlalu mnjakan...skang dah spoiled.

    BalasPadam
  3. wahhh , memang itulah sebaiknya .. orang tengok anak dulu baru tau macamana mak ayah atau keluarga dia ..

    BalasPadam
  4. haha masa kecik kalau saya pergi ke rumah orang lain dan tidak duduk diam dan berlaku biadap, emak akan cubit dengan kuat bila pulang ke rumah. hahaha sakitt tapi itu yang mengajar kita

    BalasPadam
  5. benar skali apa yg sis katakan..
    jika tidak dididik dan dibimbing dari awal dan biarkan begitu shaja, it can be so worse dan sampai ke besar good manner tidak sebati dalam diri anak2..:)

    BalasPadam
  6. weeeeee
    amatla betol tu kak mas
    supaya nanti beso
    idokla jadi terlebih ajo kan kak

    BalasPadam
  7. Hmm , tak elok , tak manis dan segala jenis tak tak tak bagus kalau seorang anak memanggil ibu/bapa atau orang yang lebih ta dengan panggilan nama saja.. =..="

    BalasPadam
  8. betul..sekeliling iz masih ada sikap yg begini...sikap xnk tegur anak..sayang anak sangat agaknya..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com