Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 12 September 2011

Banyaknya open house, jaga²!

Assalamualaikum...(^ ^)

Banyak ke kawan² dapat jemputan open house hujung minggu hari tu, ada tak sampai 10 buah rumah. Banyak tu kan, belum campur lagi dengan jemputan kenduri kahwin.


Mas pun banyak terima undangan open house minggu lepas, rasanya dalam 5 buah rumah. Jemputan kenduri kahwin pun ada. Tapi tak tahu kenapa, samada malas atau nak jaga badan Mas tak pergi pun jemputan open house dan kenduri kahwin pada sebelah siang. Hanya terperap kat rumah sambil mengadap blog! Mas cuma pergi open house pada sebelah malam, itu pun husband yang paksa.

Samada nak jaga badan atau tak, tapi kita kena jaga² jugak. Jangan terlalu taksub nak hadir semua open house sampai abaikan tahap kesihatan. Memanglah seronok, dapat makan percuma dan makanan pun sedap² belaka. Nanti tanpa disedari berat badan makin bertambah dan tahap kolestrol tinggi, tak pasal tiap² hari kena pergi open house kat hospital pulak!

Sepatutnya lagi 2 minggu nak habis Syawal kita dah mula puasa sunat bulan Syawal kan? Mas pun tak mula puasa enam lagi, minggu depanlah mula.

10 ulasan:

  1. kat ganu mcm dah abis raya kak mas hehe..KL baru nak start ni kan :)

    slmt beropen house...makan igt kite ye :)

    BalasPadam
  2. A'ah..smlm nina gi open house kt USJ. ada kambing panggang..

    BalasPadam
  3. salam mas....selamat beropen house...makan tu ingat2 jgn terlampau plak...:)

    BalasPadam
  4. kadang2 kita tak sedar berapa kali kita makan dlm sehari and sometimes kuantiti makanan yg kita slalu ambik snetiasa over-limit..and at last, gemuk lah jadinya ;) hehe.
    take care of ur health sis!!

    BalasPadam
  5. makan tak ingat dunia, mmg bertambah lah berat nanti. hehehe ;p

    BalasPadam
  6. kalo saya berat badan bertambah tak pe kan... ahhahaha

    BalasPadam
  7. saya tengah diet ni kak sbb kawan2 semua kata saya dah gemok.. akibat makan banyak raya la ni =_=

    BalasPadam
  8. hehee
    betol tu kak mas
    huhuhu
    aiyoooooo
    open house ooo open house

    BalasPadam
  9. Kena sentiasa beringat ... makan sikit2 je .. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com