Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 15 September 2011

curi wang guna web

Assalamualaikum...(^ ^)

macam nilah orang bangsa asing... dah diberi peluang belajar di negara orang, pastu buat jenayah pulak! kepakaran tu pulak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik... 

Cyber Crime by funkwood on deviantArt

3 pelajar asing miliki kepakaran IT ceroboh akaun bank, pindah RM250,000
KUALA LUMPUR : Tujuh suspek, termasuk tiga pelajar warga asing dipercayai dalang utama sindiket penipuan perbankan internet ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Millennium Square, Petaling Jaya di sini, awal minggu ini bagi membantu siasatan kes pemindahan wang 12 mangsa secara haram berjumlah RM250,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata ketiga-tiga pelajar warga asing itu dikenalpasti perancang utama sindiket berkenaan, malah seorang daripada mereka berkemahiran menceroboh pangkalan data internet dan dipercayai bergiat sejak awal tahun ini.

Teknik digunakan ialah 'phishing' atau proses mendapatkan maklumat sensitif melalui kios seperti nama pengguna, kata laluan dan maklumat kad kredit dengan menyamar sebagai entiti sah dalam komunikasi elektronik dan menyasarkan kios beberapa bank di Lembah Klang. 
(sumber : Berita Harian)

bahaya kan? jadi kenalah lebih berhati2 bila menggunakan perbankan internet... janganlah mudah2 mendedahkan maklumat akaun kita kepada mana2 pihak! pastu kalau ada dapat panggilan daripada pihak yang mendakwa wakil bank janganlah mudah percaya, siasat dulu betul atau tidak! 

jenayah cyber sekarang semakin berleluasa! 

10 ulasan:

  1. semakin banyak jenayah cyber sekarang
    hati-hati

    BalasPadam
  2. smakin pandai manusia..smakin banyak menyalahgunakan kepandaian tu..

    aih rasa mcm tak slamat jer kan kak mas..

    BalasPadam
  3. sekarang ni orang makin cerdik. tapi cerdik tak bertempat.

    BalasPadam
  4. aduh...bisa tergugat kepercayaan pada bank..simpan bawah bantal jela..hehe

    BalasPadam
  5. huuuuuuuuu
    betooolll
    ade dgr ni semlm nihhhhh..aiii...payoh jugk kalo terlebih cerdik pndai ni aihhhhhh
    bahaye2

    BalasPadam
  6. skang ni jenayah ada kt memana je.. dunia smakin maju... hmmm, simpan duit kt bank pn dh xslamat

    BalasPadam
  7. slmt hari raya...

    semakin canggih semakin menakutkan...so, kena berhati2 dgn dunia IT ni..jgn salah langkah.

    BalasPadam
  8. ooo teknik phishing je rupanya. x de la hebat sangat mereka ni.. sbb tu kantoi. hehehe

    BalasPadam
  9. benda ni banyak terjadi kak mas. terutama bila dia tahu number account kita. dia boleh hacked. taktau mcm mana dia buat!

    BalasPadam
  10. Orang sekarang gemar gunakan kepandaian dan kelebihan pada jalan yang salah =..="

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com