mrs secretary

Sabtu, 24 September 2011

hilang rasa hormat

Assalamualaikum...(^ ^)


sudah memang jadi adat dan tradisi kita kena hormat kepada orang yang lebih tua... tapi tak semestinya apa yang orang tua cakap semuanya betul kan?

hari ini Mas memang terasa hati dengan seorang pakcik ni... hilang jugaklah sedikit rasa hormat Mas pada dia! dengan selambanya dia malukan Mas kat depan orang ramai masa Mas kat open house rumah jiran!

pada mulanya Mas anggap kata dia tu sebagai gurauan... jadi Mas cuma diam dan senyum! tapi makin Mas diam makin menjadi pulak dia cakap yang bukan2 kat Mas! bila Mas diam dan buat tak tahu dia terus sindir2 Mas... dia siap cakap macam ni... 'bila orang cakap kau buat diam je kan, buat2 tak tahu pulak!  

apa kes pulak pakcik ni... Mas tak nak jawap apa yang dia cakap sebab Mas masih hormat dia sebagai orang tua! tapi dia masih nak sakitkan hati Mas! sampai tetamu lain pun hairan kenapa dia berperangai sedemikian rupa... Mas pun apa lagi terus hilang rasa hormat dan respek pada dia! Mas terus balik tanpa ucap terima kasih pada tuan rumah... memang sakit hati!

sepatutnya dia sebagai orang tua, tunjukkan contoh yang baik kepada orang yang lebih muda... janganlah nak cakap ikut sesedap mulut je kan? orang lain pun ada harga diri dan maruah! janganlah tau nak aibkan orang...

tak pernah Mas hilang rasa hormat pada orang tua... tapi kali ni Mas memang kecewa!

9 ulasan:

  1. huhuhu...sabar ye kak...mungkin dia terlebih gurau tanpa fikirkan perasaan orang lain..

    BalasPadam
  2. ke dia minat kat kak mas n saja nak catch ur attention ? berapa umur dia?

    BalasPadam
  3. @Sunah Sakura
    mula2 memang akak ingat dia saja gurau2 tapi lama kelamaan tu makin menjadi2 dia cakap yang bukan2! orang lain yang dengar pun pelik ngan perangai dia..

    BalasPadam
  4. @Namee Roslan
    entahlah, tapi memang melampau2 dia cakap yang bukan2! umur dia dalam 60an kot..

    BalasPadam
  5. boleh tak kita cakap.
    tak semua orang yang lebih tua kita perlu hormat.

    wan ada sorang kawan ni.
    dah tua.
    tapi perangai..
    hampeh.tak padan ngan umur.
    maki sana, maki sini.tak puas hati sana sini..suka jatuhkan orang depan orang ramai..

    memang hilang la rasa respek kat orang macam tu kan.

    sabar ye kak.

    BalasPadam
  6. @Syazwan Che Deraman
    boleh je! orang tua macam tu memang tak perlu respek pun!

    dahlah dia baik ngan husband akak pastu malukan akak depan husband pulak...siapa tak sakit hati!

    BalasPadam
  7. erm.. cian akak, sabar kan.. mgkin dia bergurau tp xkena caranya .. Istighfar bebanyak, mmg xpatut dia buat camtu..apalgi dia tu baik ngan husband akak, tpi kalau kta melenting dpn dia lgi la dia seronok sbb dia nk tgk kta melatah, cara terbaik kta diamkan atau kalau akak pndai brcakap melalui sindiran, ckp je.. biasanya org yg jenis camtu xleh nk maah blk..sbb dia sndiri dh xbetul :)

    sabar ye kak :) akak lgi kiut bla sabar hehee~

    BalasPadam
  8. @Niena Pengembara Ilahi
    sebab tu akak diam je sbb dia orang tua dan husband akak kenal dia!

    BalasPadam
  9. http://wanwidget.com
    dia cakap apa, nk juga tau

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com