Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 30 September 2011

istilah CINTA semanis kurma

Assalamualaikum...(^ ^)

.L.O.V.E. by ~LimpidD on deviantArt
tertarik dengan istilah CINTA Ustazah Nor Bahiyah dalam rancangan Semanis Kurma semalam... cukup mendalam dan penuh bermakna! elok kita sematkan dalam jiwa raga istilah cinta ini... moga kita mencintai pasangan kita dengan tulus ikhlas dan bukan sekadar nafsu semata2!

jom Mas kongsi istilah cinta itu...
  • Cantik... sentiasa anggap pasangan kita adalah terCANTIK di mata kita... tiada dua, tiada tiga dan tiada yang lain!
  • Ikhlas... sentiasa ikhlas dalam perhubungan... jangan ada rahsia langsung!
  • Nyawa... cintailah pasangan kita umpama kita mencintai nyawa kita!
  • Tanggungjawab... laksanakan segala tanggungjawab sesama pasangan dengan penuh rasa cinta!
  • Amanah/Allah... jadikan percintaan kita sebagai satu amanah dari Allah... insyallah, kita pasti bahagia dunia dan akhirat!
janganlah anggap cinta tu semudah membeli dan memakai baju... bila suka kita pakai, bila dah tak suka buang camtu je! dan terus beli yang baru... 

ingatlah cinta adalah perkongsian dua jiwa yang sanggup hadapi suka duka bersama... bukan sekadar cinta kepada jasad pasangan sahaja, tapi mencintai dirinya sepenuh jiwa dan raga... terima kekurangan dan kelebihan dia seadanya! cinta yang kekal abadi adalah cinta hingga hujung nyawa...

12 ulasan:

  1. Cinta tu mudah di sebut tapi perkongsian antara dua jiwa tu bukan satu perkara mudah..Ramai yang tahu cakap tapi tak praktik kan...hehe :)

    BalasPadam
  2. tq mas..satu perkongsian yang menarik..:)

    BalasPadam
  3. salam mas...cinta itu akan menjadi sungguh beerti bila kedua2 jiwa dpt menyelami hati masing2 dan bila semuanya dpt dikawal dgn baik akan timbullah perasaan cinta yg suci semoga kita sentisa memupuk perasaan cinta itu dgn sebaik2nya dan cinta itu akan kekal hingga hujung nyawa mereka berdua...:)

    BalasPadam
  4. terima kasih kak mas kerana berkongsi...hihii! saya SUKA!
    tv saya tak dapat tgok semanis kurma :) nnti kongsilah lain2 topik ye.heeeee

    BalasPadam
  5. cinta adalah amanah Allah...subhanallah...

    BalasPadam
  6. weeee
    suke dengan makna kata CINTA itu
    sesungguhnye cinta itu suci
    janganlah dinodakan kesucian CINTA tu kan kak?

    BalasPadam
  7. semalam akak tengok eh rancangan semanis kurma?? :D hehehe.

    BalasPadam
  8. cinta yg sejati terletak pada diri yg hakiki :')

    BalasPadam
  9. i loikeeee... thanks for sharing.. nak bagi incik asben baca.. hehehehee :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com