Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 26 September 2011

jangan ajar anak meminta-minta

Assalamualaikum...(^ ^)

kebiasaannya anak2 akan ikut apa sahaja yang disuruh oleh ibu bapanya... samada ianya baik atau buruk! 

macam anak2 Mas, kalau tidak disuruh buat sesuatu tu pasti mereka tak akan buat... tapi bila kita suruh laju je mereka buat! kadang2 tu sampai kena marah, barulah nak buat apa yang disuruh! tapi kalau apa yang disuruh tu sesuatu  yang baik tak salah kalau kita paksa jugak mereka buat...

cuma janganlah kita ajar atau suruh anak kita buat yang bukan2... terutamanya sikap meminta2! sebagai contoh, musim raya ni... laju je kita suruh anak kita minta duit raya setiap kali pergi beraya! memanglah kita nak mereka dapat duit raya, tapi janganlah sampai ajar mereka meminta2 pula... nanti perkara ni akan jadi kebiasaan!

bila anak tu dah biasa meminta2 apa saja dengan orang perasaan malu tu akan tiada... tanpa segan dan silu anak2 akan minta apa saja yang mereka hendak dari orang lain! kalau tak dapat mungkin mereka akan bertindak lebih agresif untuk dapatkan juga apa yang mereka mahu...

jadi apa saja didikan dan ajaran kita terhadap anak2 semuanya bermula dari rumah... baik didikan kita maka baiklah anak2 kita bila berada di luar rumah... jika salah akan pincanglah segalanya!

ajarlah yang terbaik untuk anak kita... gambar dari google

12 ulasan:

  1. berilah didikan sebaiknya...anak2 umpama kain putih..

    BalasPadam
  2. didikan dan ajaran sangat penting buat anak-anak
    maka ajar la yg baik

    BalasPadam
  3. saya tidak di ajar untuk meminta minta.
    sehingga sekarang susah nak minta minta.
    nak minta orang tolong pun segan.
    hehehe

    BalasPadam
  4. tapi kalau jenis budak2 yg terlebih nakal dan tak dapat dikawal...berbuih mulut ibu menasihati, anak dia tetap meminta2 juga...huhu

    BalasPadam
  5. bahaya jugak kalau ajar meminta. nanti sampai ke besar duk meminta

    BalasPadam
  6. tapi kalau dia mintak nasihat... OK!

    BalasPadam
  7. benda ni nak kena ajar dr kecik. macam adik saya ni manjaaa sgt. sampau bila g rumah orang pun dia tak malu untuk minta ini dan itu. saya tegur tp sy yg kena marah balik. haha so taktau lah nk buat mcm mana.

    BalasPadam
  8. didikan awal anak2 tu penting kan...

    BalasPadam
  9. salam mas...betul tu jgn lah ajar anak3 kita meminta2 duit raya atau apa juga kerana x elok dr pandangan orgkn...:)

    BalasPadam
  10. bdk2 kadang2 kita x dpt jangka perangai dia. kdg2 perangai tu x kena tmpt dan masa smpai boleh jatuhkn air muka. tp stuju dgn entry ni..semua org bole amek ini sbg pnduan..:)

    BalasPadam
  11. mereka sebenarnya bukan mahu sgt pun benda yg diminta itu..for them, it's just for fun..tak boleh tengok sesuatu benda, mulalah nak minta itu ini :)

    tapi benar kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya..hehe.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com