mrs secretary

Selasa, 27 September 2011

janganlah ego sangat!

Assalamualaikum...(^ ^)

saya tak akan maafkan awak selagi awak tak pujuk saya...

malaslah saya nak pujuk awak... merajuklah sampai bila2 selagi awak terdaya!

sumber gambar dari sini
dua2 ego kan? tak nak mengaku kesalahan masing2... tak mahu mengalah dan tetap nak pertahankan ego sendiri! tak kisahlah tak bertegur sapa berhari2... namun masing2 nak mengalah, jauh panggang dari api! ego tu lebih tinggi melangit dan berapi2 dari mengucapkan kata maaf!

sebesar mana pun ego kita tu, ia tak akan menjanjikan apa2 faedah pun... lagi kita ego lagi sakit hati, betul tak? kita berharap pasangan kita datang memujuk dan mengaku kesalahannya... tapi pasangan pun tetap ego setinggi langit, tak mahu mengaku kalah jugak! kita sendiri yang sakit hati dan makan hati...

apa salahnya buang sikit sikap ego tu, tak kemana pun! jangan asyik nak cari siapa betul dan siapa salah... apa salahnya kita sama2 mengalah dan saling memujuk... selesaikan segala masalah dengan cara baik dan aman damai! hati kita tak sakit dan perhubungan kita dapat dijaga dan semakin erat!

kadang2 Mas cuba bersikap ego bila ada perselisihan faham dengan suami... kononya tak nak hubungi atau cakap dengan husband selagi dia tak pujuk! tapi tak bolehlah, mesti Mas yang akan sms atau telefon dia dulu! 

7 ulasan:

  1. lelaki dan ego adalah kawan baik...

    hehe!

    BalasPadam
  2. kena saling tolak ansur
    buang ego baru la bahagia

    BalasPadam
  3. samalah kita, kekadang konon nak dia pujuk tapi akhirnya sendiri pujuk diri sendiri =D

    BalasPadam
  4. salam mas...betul tu kekadang kita yg harus mengalah....ego lelaki lebih tinggi sebenarnya...:)

    BalasPadam
  5. kena buang sifat ego yang ada dlm diri kita..demi kerukunan dan keharmonian rumahtangga kita..nak harap suami memujuk selalu memang susah sikit..sesekali boleh lah..

    BalasPadam
  6. betol kak
    beralah tak bermakna kalah kan...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com