terkini dan sensasi

Selasa, 27 September 2011

Kami datang nak beraya!!

Assalamualaikum...(^ ^)

Syawal pun dah hampir melabuhkan tirainya, maknanya raya pun dah habis kan? Bila dah penghujung ni kita dah takde mood nak terima kehadiran tetamu ke rumah. Bukannya apa, kuih raya pun dah tinggal bekas je. Jadi takde apa dah nak hidang pada tetamu.

Tapi berlainan dengan kawasan perumahan Mas ni, hari² mesti ada budak² bagi salam nak datang beraya. Kalau pertama kali datang takpe, ini muka yang sama je. Pertama kali mereka datang Mas masih boleh terima kunjungan mereka tapi bila dah tiap² minggu nak datang beraya, masaklah kan?

Kadang² tu tak kira masa, dekat nak maghrib pun datang! Kalau Mas buat tak layan, mereka memekik² cakap “Kami datang nak beraya." Berkali² tanpa henti pulak tu, Ya Allah boleh trauma dibuatnya.

Sebenarnya Mas tak salahkan budak² tu. Biasalah budak², bukan kisah 10 kali pun datang beraya rumah orang yang sama. Janji mereka dapat duit raya! Tapi Mas geram dengan sikap ibu bapa merekalah, sepatutnya mereka pantau anak² mereka. Janganlah biar anak² sesuka hati nak pergi rumah orang sampai 5-6 kali. Menganggu orang namanya tu, manalah tau tuan rumah tu tengah tidur ke, tengah solat ke, tengah nak makan ke?

Kami datang nak beraya, erkkkkk!


8 ulasan:

  1. betul la kena ada pantauan dari ibu bapa

    BalasPadam
  2. huu
    betol tu akak
    opah sy selalu kate
    owg dulu x de cm ni pon
    sebb mak ayah nye dok kwal anak deme gi memane kan...

    BalasPadam
  3. heheh.
    sampai macam tu sekali.
    kena pantau tu.

    BalasPadam
  4. adoi, boleh pulak mcm tu, rajinnya dtg beraya, patut parents pantau, lgpun bahaya kan biarkan anak2 keluar sendiri tanpa org tua =D

    BalasPadam
  5. jangan sampai tutop pintu rapat2... lepas tu senyap sunyi!

    BalasPadam
  6. salam mas...betul tu kalau dah muka yg sama jer dtg beraya bengang jugakn...makbapa die x pantau ker anak2 die org...:)

    p/s ni dah kes minta duit kat org...:)

    BalasPadam
  7. kalo macam dalam gambar tu, meriah sangat kan?

    BalasPadam
  8. hu2..biar betul.masa saya kecik ni pon ada rasa malu..-p

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com