terkini dan sensasi

Selasa, 6 September 2011

kerana berebut harta... ibu diabaikan!

Assalamualaikum...(^ ^)

banyak kali dah Mas fikir samada nak kongsi ke tidak cerita ni... tapi rasanya lebih baik Mas kongsi, untuk pengajaran dan pedoman kita bersama! bukan tujuan nak aibkan sesiapa, tapi ingatlah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu... janganlah buat mak kita sendiri macam ni!

makcik ni memang rapat dengan arwah mak Mas... kami adik beradik pun dah anggap dia macam mak saudara sendiri! tiap2 tahun kalau hari raya mesti kami akan pergi ziarah makcik ni... raya tahun ni pun kami berkesempatan menziarahi dia!

sebak tengok wajah ibu yang tua macam ni diabaikan! gambar ihsan google
tapi alangkah terkejutnya bila tengok keadaan dia... keadaan dia sungguh tak terurus! hanya terbaring di atas tilam yang sudah usang dan hanya memakai kain batik yang lusuh! memang mengalir airmata melihatkan keadaan dia... terbiar macam orang takde anak!

padahal anak2 dia tinggal sebelah menyebelah je... tapi sanggup biarkan mak terabai macam tu je! bila kami tanya pada makcik tu, anak2 tak jaga dia ke? dia kata tak, memang dia tinggal sorang je kat rumah tu... makan pakai memang takde sape yang uruskan! kadang2 sampai berhari2 tak makan, hanya minum air je! kadang2 ada cucu2 dia datang tengok dan hantar makanan... itu pun terpaksa senyap2, takut dimarah oleh mak mereka! 

punca dia diabaikan adalah kerana anak2 berebutkan harta... mereka tak puas hati sebab mak mereka dapat lebih harta peninggalan arwah ayah! pastu langsung mereka abaikan mak sendiri! 

Ya Allah, memang sebak rasa hati bila lihat keadaan dia... Mas cuma mampu bantu apa yang terdaya je! selain dari tu Mas hanya mampu berdoa moga makcik tu dilindungi oleh Allah SWT... dan Mas harap sangat anak2 dia dapat balasan yang setimpal atas perbuatan mereka abaikan mak sendiri macam tu!

13 ulasan:

  1. huuuu
    sedihnye
    shawal2 ni...masih ade yg menderita kan..owg tua pulak tu..
    aduhai..semoga makcik dikuatkan hati..dipermudahkn kesihatan nye..

    BalasPadam
  2. ya allah, sampai mcm tu sekali buat ke mak tu disebabkan daki dunia??

    mmg patut ALLAH bagi pembalasan pada anak2 makcik tu, sebak sangat baca

    BalasPadam
  3. tunggu di akhirat kelak baru la si anak terima balasan yang setimpal dengan perbuatan terhadap mak mereka.. sampai hati :(

    BalasPadam
  4. pasal harta orang boleh bergaduh n berpecah. pasal harta orang boleh sampai membunuh...betapa besarnya kuasa duit dan harta di mata dunia..:(

    BalasPadam
  5. selamat bertemu kembali kakak!!!!;)

    BalasPadam
  6. pergh... kureng ajo btol.. huhu

    BalasPadam
  7. salam mas...cian nyer makcik tu dibiarkn oleh anak2 sbb harta....

    anak2 yg x mengenang budi namanya...:)

    BalasPadam
  8. celaka nya anak macam tu.
    sanggup biarkan mak kerana rebutkan harta.makan minum pakaian mak tak terurus.

    padahal mak lah yang jaga kita dan didik kita dari kecil.mengandungkan kita 9 bulan dgn seksanya.

    kak, macam mana nal nasihat orang macam tu?.

    BalasPadam
  9. sedihnya... na syng umi na sgt2... hope bleh jd ank yg baik untuk umi dan abah...
    salam kak mas, first time dtg cini, trus jtuh cinta... :-)

    BalasPadam
  10. masa kecik di tatang bagaikan minyak yg penuh,bila dah besar panjang dan berjaya ibubapa di lupakan :"(

    BalasPadam
  11. kes anak berebut harta mak plak jadik mangsa~

    BalasPadam
  12. anak2 tergamak lakukan pd ibu sendiri..
    tp jangan lupa, kamu pon ada anak pasti suatu hari nanti anak2 kamu pulak akan lakukan apa yang kamu lakukan pd ibu kamu..
    pada masa tu menyesal pon tiada gunanya..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com