Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 9 September 2011

kerja rilek, makan tidur je!

Assalamualaikum...(^ ^)

pertanyaan dari seseorang... (nama dan identiti terpaksa dirahsiakan)

"husband kau kerja bomba ke Mas? untunglah kan... kerja rilek, makan tidur je!"

gambar dari koleksi peribadi
sedap mulut je dia cakap camtu... mana dia tahu kerja bomba ni rilek! kerja bombalah paling penat dan susah tau tak... nak pulak kalau kena shift 24 jam! sehari kerja sehari off, dari pukul 8 pagi sampailah 8 pagi esoknya...  waktu tidur janganlah harap, kalau nasib baik bolehlah lelap sejam dua... kalau ada kes, alamatnya sampai ke pagi tak tidur!

cuti jangan cakaplah, memang susah! sebulan tu, nak cuti sehari pun susah... bila tiba time raya lagilah! terpaksa korbankan hari raya demi tugas... kalau bernasib baik raya pertama dapatlah cuti, raya kedua dah kena bertugas semula... 

tugas yang mencabar, bila ada kebakaran hutan... kena pulak masa bulan puasa! cubalah bayangkan... dahlah penat berpuasa, terpaksa padamkan api yang marak kat tengah panas... rilek dan makan tido ke camtu? belum lagi kena duduk seharian dalam hutan... 

sebagai isteri seorang pegawai bomba, Mas tau susah senang kerja mereka... demi kerja mereka berkorban apa saja, tapi kadang2 kebajikan pun terabai tau!

13 ulasan:

  1. org hanya tahu bercakap, sebab tak pernah merasa!

    menilai org begitu mudah, kalau akal itu dangkal sekali!!

    BalasPadam
  2. huuuuu
    cian kak mas dn suami
    tak pe kak..saya paham


    ayah saya tentera
    mase saya dok matrik
    ayah saya kena tukar pi kl
    time tu kami menetap kat sbh smp la skrg..
    payah nak pindah ikot ayah sekali pi kl sebb adik sekolah lagi..mak dok berdua jek dengan adik 2 tahun kat sabah..ayah kat kl..
    sangat la sayu bile tgk mak berdua je dengan adik..tapi nak wat canne kan.. tanggungjwab ayah sebagai tentera..mang berkhidmat utk negara..alhamdulillah..skrg ayah dah tkr balik ke sabah..itu pon dalam sminggu payah nk tgk ayah..asik kuar je outstation..huuu..x pe..org tak paham x pe kak..yg pntg kite paham kan?

    waaa..pnjg sy ngomel kat sini..hehehehe

    BalasPadam
  3. sengal betul la org2 mcm ni...
    sabar je lah kak oiii

    BalasPadam
  4. cakap kat si dia tu cuba bgtau aku keje apa yg senang??bleh gak aku apply...nak gak keje yg bleh rilek dan makn tidur je.... =D

    BalasPadam
  5. sebenarnya mana ada kerja yang rilek kan kak.. tp bomba memang sangat bz. kalau kemalangan biasanya memang akan ada bomba

    BalasPadam
  6. memang senang untuk bercakap kannn! Selalunya bila terkena batang hidung sendiri baru la tahu langit itu tinggi ke rendah.

    BalasPadam
  7. laa sape kata kerja bomba rilex?? tak lah. even hari2 kena standby. plak tu banyak panggilan palsu! semua pekerjaan susah. mana ada yg mudah kan.

    BalasPadam
  8. pergh.. kurang ajar disitu... kasi dia msuk bomba skali...bru dia tw pnat lelah bomba.. hohoho

    BalasPadam
  9. salam mas...cili je org yg ckp mcm tu...kerja semuanya susah mana ada kerja yg senang lenang...

    cuba suruh die cite kerja senang tu kerja mcm mana...

    p/s tengok dulu baru cite...:)

    BalasPadam
  10. org laen tau ckp je..
    die xrase..
    huhu

    BalasPadam
  11. saya juga terasa apabila org memperlekehkn tugas pegawai keselamatan - polis, tentera, bomba... tidakkah mereka tahu lena dan lelap tidur malam mereka kerana pengorbanan org2 yg kamu pandang rendah itu?

    p/s abg kite TUDM....hehe

    BalasPadam
  12. abang saya bomba, jangan tipu la kerja 24 jam, kerja 12 jam je pastu rotate, cuti plk 2 kali seminggu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com