Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 22 September 2011

kongsi kereta... adakah masih diamalkan?

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

masih ingatkah kawan2 dengan kempen kongsi kereta... kalau tak silap masa tu tahun 1990an kan? masa tu kempen tersebut diperkatakan secara meluas baik di media cetak dan media elektronik! tapi bila dah masuk tahun 2000 kempen tersebut seperti tenggelam dek arus alaf baru...

mungkin sekarang ada lagi orang mengamalkan konsep kongsi kereta ni... tapi segelintir je kot? lagipun semua orang dah mampu memiliki kereta sendiri... jadi bagi mereka buat apa nak kongsi2! rugilah mereka beli kereta mahal2 kan?

bagi Mas ada jugak kelebihan kongsi kereta ni... boleh jimatkan minyak dan kurangkan kesesakan lalulintas! lagipun kalau tempat kerja kita sehaluan dengan kawan2 apa salahnya berkongsi kan? 

macam Mas masa menetap di Cyberjaya dulu pernah kongsi kereta dengan kawan... kebetulan dia kerja kat Kementerian Pengajian Tinggi dan laluan kami sama, so dia tumpanglah kereta Mas! bulan2 dia bagilah duit minyak, Mas untung dia pun boleh jimat!

ada tak kawan2 yang tinggal di Salak Tinggi... boleh je nak kongsi kereta dengan Mas!

12 ulasan:

  1. nasib kita jauh..tak boleh nak carpool pulak..

    BalasPadam
  2. hehe.. nanti nina dok sana kte kongsi sesama ye kak ! :)

    a'ah.. kongsi kereta ni bagus sebnrnya selain dpt mengurangkan kesesakan dan pencemaran alam

    BalasPadam
  3. kalau jenis x berkira ok la..

    BalasPadam
  4. memang leh jimat duit minyak :)
    kalau dah satu haluan apa salahnyer berkongsi..utk kebaikan bersama juga kan kak mas..tapi kena pastikan org yg tumpang tu jgn la slalu lambat je nanti kite pun akan terlambat juga huhu..

    BalasPadam
  5. the prob is, kempen kat malaysia ni kurang berkesan sebab kempen tu berjalan secara bermusim dan tidak berterusan. sighhh.

    BalasPadam
  6. terkena semalam.. nak pergi IJN.. kol 6:50 dah ader kat Sg Besi.. tapi sampai IJN dah kol 9:15.. bukan jauh sgt kan...

    tapi dekat sebelah kereta tu semuanyer satu sorang.. tapi best ada awek yang b/fast dalam kereta dan juga bersolek dalam kereta.. tapi jangan ader plk nanti pakai baju dalam kereta... parah wei...

    BalasPadam
  7. ada kelebihan dan kekurangan nya sis

    BalasPadam
  8. Sebenarnya banyak faedah kalau berkongsi kereta ni , berkongsi ke tempat kerja ker , berkongsi masa keluar ker so banyak yang kita boleh save dari situ.. MTT sekarang share kereta dengan officemate,dia tinggal dekat dengan rumah so 3 hari naik kereta dia,3 hari naik kereta MTT kat situ boleh save banyakkk ! :)

    BalasPadam
  9. salam mas...sebenarnya berkongsi kereta ni bagus tapi ada juga segelintir org x mahu...

    byk faedahnya kalau kita dpt berkongsi kereta ke tempat kerja dpt mengurangkn kenderaan dijlnraya budget wet minyak pun save...ada kwn bersama2kn x lah drive sorang2...:)

    BalasPadam
  10. Kitorang memang suka kongsi kereta lagi lagi bila hari raya dengan kawan2.. Sebab ramai kawan yang masih tak punya kereta sendiri.. Hehehe.. Tapi memang eloklah kongsi ni..

    BalasPadam
  11. skang ni orang lebih pentingkan penjualan kereta. sepatutnya kena limit kan so taht tak lah sesak jalan raya. tp banyak syarikat yg pentingkan diri nk kaut untung je.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com