Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 11 September 2011

merdekakah kita?

Assalamualaikum...(^ ^)

entri berunsur patriotik sikit... asyik entri raya je!

Merdeka Cupcake by Gla-la-lam on deviantArt
 sudah 54 tahun negara kita merdeka... tapi cukupkah sekadar dengan melaungkan merdeka, merdeka setiap kali meraikannya? tapi pada hakikatnya segelintir rakyat kita tidak tahu apa maksud kemerdekaan itu dan adakah kita sudah benar2 merdeka!

merdekakah kita, bila kita masih berada dalam acuan yang sama tapi tidak mahu menerima pendapat dan pandangan orang lain... padahal semua itu boleh memperbaiki diri kita sendiri! kita masih tersekat dalam kotak dan akal pemikiran yang tidak terbuka!

merdekakah kita, jika kita masih membezakan warna kulit, paras rupa dan agama... bukankah kita hidup di dalam satu masyarakat dan negara! jangan fikir kita adalah yang paling hebat dan berkuasa...

merdekakah kita, jika masih terlalu takut menerima perubahan... kita terlalu taksub dan obses dengan cara dan pemikiran kita sendiri sahaja... seolah2 perubahan itu sesuatu yang asing dan menyusahkan! sedarkah kita bahawa segala perubahan itu akan lebih mematangkan dan memerdekakan kita... 

moga kita lebih faham erti kemerdekaan itu dan lebih MERDEKA!

10 ulasan:

  1. tapi ada pulak profesor kata kita tak pernah di jajah...?

    (fenin)

    BalasPadam
  2. Assalam,

    Kita hambaNYA yang merdeka
    Tidak dinamakan merdeka seandainya
    masih tunduk pada nafsu
    Kita hanya tunduk pada yang satu
    1 Aqidah

    BalasPadam
  3. merdeka..ramai yang tak tau erti merdeka. merdeka itu luas maksudnya. bukan sekadar mengibarkan bendera tp harus faham erti kebebasan negara kita dr penjajah. kebebasan diri pula tak semestinya nk kena join Bersih untuk gulingkan kerajaan. banyak cara lagi. :)

    BalasPadam
  4. weeeeeeee..
    betolll
    merdeka kanlah minda sebelom memerdekankan soal lain..=]

    BalasPadam
  5. insyaAllah edi cuba memahami erti merdeka dgn betull

    BalasPadam
  6. nak merdeka minda tu yang susah.. =_=

    BalasPadam
  7. merdeka dari segi minda tu yg paling penting :)

    pssstt nak kek comel tu boleh?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com