Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 26 September 2011

perkahwinan mewah... berbaloikah?


Assalamualaikum...(^ ^)

mewah betul perkahwinan kau! wang hantaran ratus2 ribu, baju nikah dan baju kahwin cecah puluh2 ribu... tu belum campur sponsor sana sini... memang kelas gitu!

gambar dari google
sudah jadi trend sekarang semuanya nak perkahwinan mewah! berbaloikah semua ini... bukankah ia mengundang kepada rasa riak dan ingin menunjuk2!

masa Mas kahwin dulu, belanja perkahwinan tidaklah semahal sekarang... Mas cuma dapat hantaran yang biasa sahaja seperti kain pasang, jam tangan, kasut, handbag, telekung, set wangian dan barang kemas... tapi sekarang ni iPad pun orang dah buat hantaran kahwin... semuanya mahal2 dan berjenama!

jumlah wang hantaran pun tidak mahal, lebih kurang dalam RM5000 ke RM7000 sahaja... tapi zaman sekarang wang hantaran dah semakin meningkat naik! hingga ada yang cecah hingga puluhan dan ratusan ribu... wajarkah sebanyak itu, rasanya bersederhana lebih baik kan?

jadi pendapat Mas, apa yang penting kita rancanglah dulu perbelanjaan perkahwinan kita... kalau boleh berbincanglah dengan pasangan apa yang perlu dan tak perlu untuk majlis... buatlah majlis ikut kemampuan kita sahaja... tidak perlulah barang hantaran yang mahal2, baju yang cecah harga puluhan ribu... cukuplah apa yang kita termampu... apa yang penting akad nikahnya, yang lain tu cuma syarat sahaja!

12 ulasan:

  1. memang pun..tapi masing2 ada pilihan, kalau diaorang mampu nak buat camana kan..yang penting bersederhana jelah kan..

    BalasPadam
  2. mujurlah perkahwinan ieda dulu biase2 ajer, org skarang berlawan2 sape yg lebih kan..

    BalasPadam
  3. hurmm..mcm mana nk dpt keberkatan perkahwinan tu kalau ada pembaziran,maksiat di dlmnya.. awal2 Allah dh laknat.... mna lgi keberkatan tu...

    biasa trjadi pda mjlis perkahwinan
    1.terlalu bermewah smpai sanggup loan bank..
    2.pengantin sndiri smpai tahap xsolat, sbbnya syg mekap cair..klau solat kna amik wudhuk,cuci mekap..
    3.pengantin pmpuan cukur kening...


    hm... sbb tu kta kna bersederhana...jgn melampau2..ikut kemampuan kta,

    BalasPadam
  4. Ikut kemampuan lebih elok daripada nak menunjuk nunjuk..Kalau mampu sekali pon majlis biar lah dalam keadaan bersederhana kankankan :)

    BalasPadam
  5. dyeorang ader duet.. biarla kak mas.. kita bersederhana saja...

    acehh.. ckp mcm org da kawen plk :P

    BalasPadam
  6. betul2
    masing2 ada pilihan sendiri

    BalasPadam
  7. betul tu mas kak ita setuju..yg penting nikah tu aje..ne nak kawin buat loan..sampai anak 2 ke3 org pun loan bank tak abis2 bayar..kan menyusahkan..buat apa nak megah2..kan...membazir aje...

    BalasPadam
  8. salam mas...betul tu kita buat ikut kemampuan yg kita ada jgn nak menunjuk2 kerana ia akan membawa masalah bila majlis selesai nanti..

    p/s tapi yg byk duit nak buat mcm mana pun ikut suka...

    BalasPadam
  9. klu mampu mmg berbaloi bg mereka..

    tp yg x mampu x perlu la paksa diri semata2 nak tunjuk kt org.. sakit perit kita yg tanggung, org lain reti bercakap je..

    BalasPadam
  10. saya rasa sekarang ni bukan saje sebab barang dah meningkat naik tapi pemberian wang hantaran yang tinggi dan brg perkahwinan yg mahal dah jadi cm trend. Btl ckp mas, bagi yang kurang berkemampuan eloklah besederhana kerana selepas kita hidup bersama lagi banyak duit nak pakai.

    BalasPadam
  11. orang kata, sesuatu perkahwinan tu lg berkat kalau sedikit belanja nya.

    BalasPadam
  12. biarlah sederhana dari terus menanggung hutang yang tiada kesudahan..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com